-muzik.com-

-Video.com-

-Followers.com-

Tuesday, February 9, 2010

Makan Makan @ Secret Recipe



090210 (Selasa)

Petang tadi Remy jumpa 2 orang sahabat Bloggers Remy iaitu Kak Heze dan Amir Rayyan (Shawn). Pertemuan antara 3 sahabat Bloggers tadi diadakan di Secret Recipe yg berlokasi di SACC Mall.


Sebenarnya Kak Heze dan Remy dah merancang untuk makan - makan @ Secret Recipe pada jam 04.00 pm, tapi masa Kak Heze ngah tunggu Remy kat section 3 dari jam 03.45 pm hingga 04.00 pm tetiber Kak Heze dapat panggilan dari Amir Rayyan aka Shawn dan teruslah Kak Heze ajak Amir Rayyan join sekali.

Kak Heze ngan Fish n Chip

Remy & Amir Rayyan...


Lama juga x jumpa Amir Rayyan ni, biasalah kan orang bizi dan x der masa untuk jumpa kita, cewwah... Tu juga lah ayat yg Amir Rayyan cakap kat Remy, x tau siapa yg betul huhu... Tapi dapat jumpa tadi memang best, berborak sambil makan sambil berniaga...

Selesai jer makan dan masing - masing dah kekenyangan sampai x larat nak bergerak, Remy dan Amir Rayyan temankan Kak Heze membeli peralatan peribadi di The Body Shop. Sambil menunggu Kak Heze memilih barang, Remy mencuba kebanyakan body lotion yg ada kat sana.

Disebabkan Amir Rayyan keluar masa time kerja, maka kitorang x boleh lama - lama sebab dah hampir 3 jam kitorang keluar dan harus memulangkan semula Amir Rayyan ke penjaranya semula, huhu... Walaupun sekejab jer masa yg diluangkan bersama - sama, tapi kitorang bertiga sangat seronok dan happy (sama jer kan).

Kepada Kak Heze :
Thanks sebab x pernah bosan keluar ngan Remy, nanti kita keluar sesamer lagi k...

Kepada Amir Rayyan aka Shawn :
Thanks sebab belanja Remy & Kak Heze makan @ Secret Recipe hari ni, selamat poket kitorang huhuhu...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

Monday, February 8, 2010

Release Tension...



080210 (Isnin)

Di entry sebelum ni Remy telah melepaskan segala yg tersimpan dalam hati ni, dengan meluahkan ketidakpuasan hati Remy terhadap SAMPAH MASYARAKAT tu kini fikiran Remy semakin tenang dan happy. Ibarat kata kengkawan Remy yg lain "pedulikan jer apa yg DIA nak wat, yg penting kita happy", kini Remy malas nak ambil tau apa - apa pasal DIA dan Remy telah membuang semua no DIA.

Ok...

Untuk entry terbaru ni Remy nak kongsi dengan kengkawan semua tentang aktiviti Remy pada hari Isnin yg sangat indah ni.

Untuk breakfast Remy hari Isnin ni Remy mulakan dengan mengunyah beberapa biji Ferrero Rondnoir yg sangat sedap rasanya. Dalam 1 box ni terdapat 12 biji Ferrero Rondnoir, setiap biji sangat perfect dan tiada cacat cela (berbaloi dengan harganya).

Sekitar jam 10.00 am - 12.00 pm Remy membantu ibunda tersayang menjaga kedai di section 3 Shah Alam dan selepas tu Remy ke Sunway Pyramid untuk memotong rambut yg semakin hari semakin panjang macam Mayang Mengurai. Remy memang suka rambut panjang ala - ala Lee Jun Ki tapi disebabkan cuaca negara kita ni memasing pun tau lah kan dengan panasnya maka Remy mengambil keputusan untuk memotong pendek di bahagian tepi seperti di bawah ni...

Ensem x?... Huhu, x la seensem macam dulu.


Selesai jer memotong pendek rambut kesayangan Remy di A Cut Above Sunway Pyramid, seterusnya Remy ke CupcakeChic yg berlokasi di F1.87A First Floor Sunway Pyramid untuk membeli 2 dozen cupcake yg sangat cantik dan comel. Remy beli 2 dozen cupcake bukan semuanya untuk Remy makan sebab Remy on diet sekarang ni, tapi 1 dozen untuk keluarga tercinta dan 1 dozen lagi untuk staff di A Cut Above (diorang semua dah macam family Remy sendiri).

1 dozen of CupcakeChic, nyummyyyy...

CupcakeChic from side...

1 dozen CupcakeChic, sangat cantik & comel macam Remy...


Antara jenis - jenis cupcake yg terdapat di CupcakeChic adalah sepert berikut :

- Back To Basics - Naughty 'n Nice - Othello - Fatal Attraction - Chocofee - Cookies 'n Cream - Red Velvet - Rum 'n Raisin - PB Chip - Nutcracker - Wake Me Up - Persian Love - Onde Onde - Peaches 'n Cream - Blueberry Crumble - Lemon Meringue - 24 Karat - Banoppy - Good Ol' Days - Butter Pecan - Tiramisu - Black Forest - On Cloud 9 - Forget Me Not - Jaffa -

Tu jer yg Remy tau, untuk mengetahui dengan lebih terperinci sila boleh menghubungi 603 - 5638 9989 atau layari website Facebook ataupun Twitter mereka...

Setelah ke CupcakeChic, Remy terus pulang ke rumah untuk merehatkan badan...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

Pompuan Sial...



080210 (Isnin)

Pompuan Sial...

Itulah entry Remy buat hari Isnin, hari permulaan bagi minggu ni. Entry ni Remy tujukan khas kepada seorang BEKAS kawan Remy yg bernama Ayu yg dah macam penyu yg nak bertelor tp x kuar2 telor...

Hubungan persahabatan kami putus 100% pada minggu lepas disebabkan DIA mempunyai perangai seperti berikut :

BABI aka PIG aka KHINZIR...

Mak Cik mana ntah ni, tp da mmg sebijik ngan DIA...

SETAN aka SYAITAN aka IBLIS...

MONYET aka MONKEY...

ORANG HUTAN aka ORANG UTAN...

Keseluruhannya, bahagianya DIA...


Antara sebab - sebab yg membuatkan Remy BENCI GILER ngan DIA ni adalah :

1. Suka melaga - lagakan Remy dengan kengkawan yg lain. Dah banyak kali Remy gaduh dengan kengkawan disebabkan Mulut Busuk DIA ni. Tak tau lah orang (orang ker?) jenis apa dia ni, suka tengok orang lain bergaduh...

2. Suka membongkar rahsia orang lain. Tiap kali bagitau rahsia orang lain DIA akan cakap "Jangan bagitau sesaper tau" tapi akhirnya DIA dendiri yg bagitau dengan cara PURA - PURA tersalah SMS kat si punya rahsia yg berbunyi "Ko jangan bagitau apa yg aku bagitau kat ko pasal si... tau". Akhirnya yang punya rahsia tu call Remy tanya "Apa yang DIA bagitau ko pasal aku?"... Tak ker tu namanya mendajalkan orang...

3. Suka cakap lain kat Si A, pastu kat Si B cakap lain. Setiap kali bercakap mesti DIA jer yang betul dan orang lain salah padahal sebaliknyer. Yang penting setiap patah perkataan DIA buat orang lain percaya bulat - bulat, maybe DIA ada guna Ilmu Hitam kot...

Dan banyak lagi, hanya ALLAH jer tau apa yg DIA dah buat...

Malas dah nak fikir pasal manusia yg x berguna macam DIA lagi, yg penting kita enjoy dengan kehidupan sekarang ni. Kehidupan semakin tenteram sekarang ni tanpa gangguan SETAN macam DIA...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

Wednesday, February 3, 2010

The Tooth Fairy @ Sunway Pyramid



030210 (Rabu)

Hari Rabu yang lepas Remy bersiar-siar ke Sunway Pyramid bersama 2 sahabat baik Remy, kami bertiga berkenalan dari Cosmopoint.


Yang ke Sunway Pyramid pada 03 February 2010 bersamaan hari Rabu iaitu :

Ofcoz ar Remy, kalau x der Remy x kan nyer ada entry ni...

Masreyana aka Mas...

Wan (asal Sabah), baru dapat jumpa setelah sekian lama menghilang...


Perkara pertama yang kami bertiga lakukan di Sunway Pyramid tersebut adalah makan tengahari yang berlokasi di Ayam Penyet Ria (lokasi kegemaran Remy)...

Ayam Penyet Ria...

Menu pilihan kami bertiga...

Wan ngan senyuman kambingnya, huhu mbekkk...

Remy & Mas (masa untuk menjamu selera)...


Selesai jer menjamu selera @ Ayam Penyet Ria, kami bertiga menonton The Tooth Fairy yg dilakonkan oleh The Rock.



Seperti biasa, setiap watak yg dilakonkan The Rock pasti dapat mencuit hati Remy. Sangat kelakar cerita The Tooth Fairy ni, Remy bagi 4 bintang aka star untuk The Tooth Fairy ni...

Selesai jer menonton The Tooth Fairy, kami bertiga mengelilingi Sunway Pyramid dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas sambil membeli sedikit barang yg teringin dibeli dan setelah puas serta penat berjalan maka kami bertiga membuat keputusan untuk mengangkat kaki dari Sunway Pyramid menuju ke rumah masing-masing...

Remy & Mas, sempat bergambar di dalam lif...

Remy, Mas & Wan...

Remy, Mas & Wan again...

Mas yg dah x berdaya untuk berdiri, huhu...

Wan...

Remy, Mas & Wan (we belong together)...


Sampai kat rumah dalam pukul 10.00 pm, enjoy sangat hangout dengan Mas & Wan yg dah lama menyepi. Hilang tekanan lepas berjumpa dengan Mas & Wan (tekanan dari sorang pompuan yg bernama dari huruf A, akan Remy update di entry akan datang...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

Sunday, January 31, 2010

16 May 2010 dah selesai...



310110 (Ahad)

16 May 2010 dah selesai?. Biar betul Remy ni, belum lagi bulan May tapi dah update entry tentang 16 May 2010 (gilakah?). Remy sebenarnya x gila seperti yg kengkawan sangka, cuma Remy terlalu gembira sebab persiapan untuk 16 May 2010 telah Remy siapkan dalam masa yang sangat singkat dan segalanya telah dirancang dan diatur dengan rapi oleh Remy.

Apa yang istimewanya 16 May 2010 nanti?.

Pada 16 May 2010 iaitu bersamaan hari Ahad akan diadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Cik Wanie aka Nenek (my best frenz) yang akan diadakan di :


Yup, betul tu. Ianya akan dilaksanakan di Satay Station yang berlokasi di Kampung Pandan. Ini merupakan jemputan yg ke 3 dari Cik Wanie kepada Remy dan Remy akan pastikan Remy menghadirinya sebab dah 2 tahun berturut-turut Remy x dapat datang masalah kegedikan yg melanda diri ini...

Tema untuk 16 May 2010 nanti adalah bertemakan 1 Malaysia dan disebabkan ini merupakan pertama kali Remy menghadirkan diri, maka Remy telah membuat persiapan yang awal antaranya :


Remy akan menggayakan busana yg akan dihasilkan oleh pereka yg semakin meningkat namanya iaitu Zery Zamri. Remy mula berkenalan dengan Zery Zamri dari MySpace tapi jarang sangat berhubung antara satu sama lain dan inilah masanya Remy akan menggayakan busana hasil rekaannya.


X sabar rasanya nak tunggu bulan March iaitu masa untuk mengukur saiz badan Remy untuk dijadikan sepasang baju tradisi (secret) yg akan digayakan pada 16 May 2010 akan datang...



Mengenai pakaian dah selesai. Satu lagi perkara yg telah Remy selesaikan adalah make up untuk menaikkan lagi seri dan penampilan Remy seperti Mariah Carey & Nick Cannon di atas. Remy telah mendapat tajaan dari M.A.C untuk mendandan Remy supaya terserlah kehenseman dan kecomelan yg telah lama terpendam dalam diri Remy ni (dah macam artis jer dapat tajaan segala, huhu...).


Sekarang ni masih ada satu lagi yg belum Remy selesaikan iaitu hadiah yg akan diberikan kepada Cik Wanie nanti. Masih memikirkan, harap dapat menyelesaikannya sebelum 16 May 2010.

We Love You Cik Wanie aka Nenek


Sekian...





Salam Sayang,
Remy.com

Wednesday, January 27, 2010

Up Out My Face ft Nicki Minaj



270110 (Rabu)

Dah seminggu Remy x dapat mengupdate Blog gara-gara seseorang (biarlah rahsia). Hari ni Remy berjaya membuka akaun Blogger ni, dan tanpa membuang masa Remy nak update entry mengenai Mariah Carey (Remy kan PA Mariah Carey).

Remy nak mempersembahkan kepada kengkawan semua Video terbaru Mariah Carey yang bertajuk Up Out My Face duet bersama Nicki Minaj. Lagu Up Out My Face ni terdapat di dalam album terbaru Mariah Carey yg bertajuk Memoirs of An Imperfect Angel.


Remy x dapat nak tunjukkan kepada kengkawan semua Video Up Out My Face dari Mariah Carey ft Nicki Minaj kerana ada beberapa masalah, untuk melihatnya sila ke http://www.youtube.com/remydotcom

Wednesday, January 20, 2010

Sesudah Kelas...



20 January 2010 (Rabu)

Harini Remy menghadiri kelas pada pukul 10.00 am hingga 12.00 pm. Habis jer kelas, Remy ke Admin untuk mengambil Student ID (sangat lah x lawa pic kat Student ID tu, menci...).

Remy dengan Student ID baru, leh tgk wayang pasni, huhuhu...


Disebabkan kelas habis dalam tengahari dan tengahari adalah masa untuk lunch, maka Remy dan Ayu ke Anis Sup Utara yg berlokasi di dalam The Store Alam Sentral untuk lunch.

Remy bersama hidangan untuk makan tengahari di Anis Sup Utara...


Dan menu yg Remy pilih untuk dijadikan santapan tengahari Remy adalah seperti yg ada di bawah ni...

Jus Kedondong, sangat sedap jus ni...

Nasi putih bersama timun yg ditimpa sambal belacan dan telur masin...

Sup Gear Box (menu utama)


Sangat kenyang k makan kat Anis Sup Utara ni, apatah lagi kalau order Sup Gear Box. Harga Sup Gear Box Anis Sup Utara ni x lah mahal sangat, harganya dari RM 15.00 hingga RM 45.00 mengikut saiz dan citarasa (dah macam JJCM lak). Rasa macam dah x boleh nak berdiri lepas makan.

Habis jer makan, Remy dapat panggilan dari abang yg kerja @ Secret Recipe SACC Mall. Huhu, abang tu bukan call sebab nak minta email Remy tapi nak bagi tahu Remy cake yg Remy order seminggu yg lepas dah siap.

Cake berbentuk peti harta karun, smart kan?

Cantiknya, sangat detail diorang wat...


Remy order cake ni sebenarnya untuk adik Remy iaitu Mohd Rusydi @ Syidee yg berjaya masuk ke UTP (Universiti Teknologi Petronas) berlokasi di Perak yg biasiswanya ditanggung sepenuhnya oleh Petronas (sangat jeles Remy dengan dia). Remy dapat tahu yg dia dapat masuk dan harus ke sana untuk pendaftaran selepas Remy order cake ni iaitu sehari sebelum dia bertolak. Disebabkan terpaksa menunggu selama 5 hari untuk mendapatkan cake ni, maka Remy terpaksa membeli cake lain untuk diberikan kepada Mohd Rusydi sebagai pemberi semangat, cewwah...

Disebabkan x ader tuan, maka cake ni milik Remy sepenuhnya, hahahaha...

Remy yg semakin hari semakin gemuk... Dah x kisah ttg bentuk badan, yg penting happy (macam MC)


Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com