Kehidupan ReMy...

>> Tuesday, July 15, 2008

Photobucket

Sekarang time ReMy cerita tentang ReMy pula, asyik Tyra jerk...
ReMy merupakan anak ke 3 daripada 7 beradik (ramai kn?), dilahirkan pada 8 Mei 1987 pada pukul 7.05 pagi di klinik section 17 Shah Alam. Daripada sumer adik beradik, ReMy je yang dilahirkan di klinik (yang lain semuanya di hospital), jeles tau...

ReMy ni ada mix dengan Chinese iaitu atok belah mak ReMy tapi dia da meninggal dunia masa perang dulu, mak ReMy cakap yang atok ReMy dulu disiksa oleh askar sebab disangka orang Komunis. ReMy memang sedih sebab x dapat tengok muka atok dan x der sekeping gambar pon sebab rumah nenek dibakar masa zaman tu oleh askar.

Sambung balik k, ReMy dari kecil lagi memang rapat dengan nenek ngan atok belah abah sampai sumer x puas hati ngan ReMy sebab semua yang ReMy nak atok ngan nenek akan belikan. Inilah yang dinamakan cucu kesayangan, sebab ReMy pandai amik hati...

Pada mulanya ReMy tinggal di Sungei Way, tapi sejak berusia 7 tahun ReMy terpaksa pindah ke Shah Alam sebab disekolahkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda seksyen 4 Shah Alam. Di sekolah rendah, ReMy memang x aktif sebab ada masalah badan cepat lemah dan terlalu kurus. Lepas amik UPSR jer, ReMy terus diterbangkan ke Indonesia untuk menyambungkan pembelajaran di Pesantren Ma'had Al-Zaytun yang bertempat di Haurgeulis, Indramayu, Jawa Barat (yang mempunyai keluasan sebanyak 1200 hektar). ReMy hanya belajar kat sana 3 tahun setengah jer sebab masa tu ada masalah antara Indonesia dan Malaysia. Kat Indonesia ReMy dapat ramai kenalan yang baek2 dan comel2 macam ReMy (da mula dah)...

ReMy pulang ke Malaysia semasa berusia 15 tahun dan menyambungkan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di seksyen 2 Shah Alam. Pada masa ni lah badan ReMy naik dengan mendadak sbb terlalu banyak makan vitamin dan kurang bersenam. Berat ReMy pada 2005 - 120kg tapi ReMy masih lagi x perasan sehinggalah ramai yang tegur. Pada 2005 memang tahun yang paling menyedihkan buat ReMy sebab selalu menjadi bahan gelak dan dihina kerana kegemukan yang melanda diri ini (cewwah).

Tapi pada masa yang sama, ReMy aktif dengan Sukan Bowling dan pernah mewakili kelas...
ReMy juga pernah menjadi ketua tingkatan selama 2 tahun berturut-turut dan juga sebagai AJK kelab Pengakap...

Habis jer SPM, ReMy terus cuba untuk mengurangkan berat badan dan akhirnya berjaya menurunkan dari 120kg kepada 65kg dengan hanya mkn oat, minum air dan buah-buahan yang terbukti berkhasiat (huhu...)

Pada awal bulan 7, 2006 ReMy mula mendaftarkan diri di Cosmopoint cawangan Klang dalam bidang Diploma in Graphic Design...

ReMy memang minat melukis dan mewarna, macam kanak2 riang. Tapi makin lama, makin naik sem, makin pening sebab assignment yang melambak dan menggunung seperti gunung Kinabalu...

Tapi ReMy bangga dengan diri ReMy kerana ReMy boleh dikatakan beruntung sebab masih ada ramai sahabat yang sedia bersama ReMy walau dalam kesusahan ataupon kesenangan...

Itulah saja dari ReMy yang dapat ReMy kongsi dengan anda pembaca semua, terima kasih sebab sudi membaca dan sebarang maklumat atau masalah sila lampirkan, cewwah...

0 comments:

Post a Comment