Perkahwinan Nur Fatehah...

>> Saturday, July 19, 2008

Photobucket


16 July 2008 (Rabu)

ReMy jumpa Dr Chu Kooi Yen, buat treatment seperti yang telah dirancang dan di jadualkan oleh Dr Chu sebulan sebelumnya...

ReMy buat pilling iaitu pengelupasan kulit. Kulit lama akan tertanggal dan akan digantikan dengan kulit yang baru, semasa treatment ni hanya ReMy jer yang tau rasanya (pedih sesangat) tapi Dr Chu bagi ReMy semangat yang kuat dengan urut ReMy (sambil air mata ReMy menitis satu persatu)...

Selepas treatment, ReMy keluar dari bilik dan berjumpa Dr Chu untuk diberi ubat. Selepas membayar, ReMy ambil satu lollipop dari Dr Chu untuk memaniskan mulut dan tetiba calendar phone ReMy berbunyi dan tertulis "Perkahwinan Nur - 18 July 2008"

Dengan tergamam (sambil isap lollipop), ReMy x dapat memikirkan apapun sebab pada 18 July 2008 itulah kulit ReMy akan tertanggal. ReMy terus balik ke rumah dan tidur...


17 July 2008 (Khamis)

Pada hari Khamis, ReMy pergi ke kolej seperti biasa sambil kulit muka mula mengetat. ReMy belajar seperti biasa tanpa ada sesiapa yang perasan...


18 July 2008 (Jumaat)

Pada hari Jumaat pagi, ReMy bangun dengan selesa sekali. Mandi dan makan seperti biasa, pada pukul 10 pagi ReMy keluar dari rumah dan berjumpa dengan kawan. Tepat pukul 12.30, ReMy ke Puduraya membeli tiket ke Melaka untuk ke Majlis Perkahwinan Nur. Owh yer, lupa nak bagitau tentang Nur ni...

Nur ni kawan MySpace ReMy yang dah lama ReMy kenal. Dia ni orangnya baik tetapi ada perasaan malu-malu sikit.

Tepat jer pukul 1.01 petang, bas ke Melaka bergerak dan tiba di Melaka Sentral tepat pukul 3.01 petang (tepat-tepat jer 2 jam). ReMy terus dijemput oleh Azmil (kawan MySpace gak) dan abang saudara Nur...

Sampai jer di rumah sewa Nur, ReMy terus rehatkan badan sambil tengok TV. Pukul 5 ReMy pergi ke Rumah Nur (dekat jer) dan makan nasi yang berkuah sungguh pedas...

Time makan ni baru ReMy teringat yang ReMy ada buat pilling sebab mulut ReMy x boleh buka besar sangat (kulit da semakin menegang) tapi ReMy paksakan juga untuk makan sebab da lapar...

Lepas makan jer, ReMy lepak2 kat depan rumah Nur sambil tengok orang ramai sedang bertungkus lumus membuat persiapan (termasuk Azmil). Lepas setengah jam ReMy tengok jer, tetiba terdetik nak menolong (sebab asik duduk jer macam anak raja)...

ReMy tolong Azmil pindahkan periuk2 yang besar dan kerusi2 yang sangat lah banyak hinggakan tangan ReMy jadi merah dan sakit, habis jer pindahkan kerusi ReMy terus lari ke rumah sewa untuk rehat (ReMy memang pemalas sikit).

Tepat pukul 7 malam, ReMy mandi sambil ketakutan sebab cermin tingkap dalam toilet tu menyeramkan (macam ada orang pandang). ReMy try tutup tapi x blh, so ReMy teruskan mandi sambil menyanyi lagu Bye Bye...

Habis jer mandi, ReMy sambung tengok TV. Tetiba Azmil panggil suruh ReMy ke rumah Nur untuk bergambar. Bila ReMy tengok jer cermin, ReMy nampak yg kulit ReMy da mula terkupas sikit demi sedikit tapi ReMy beranikan diri untuk bergambar. Yang bawah ni gambar ReMy, Azmil dan Nur (pengantin)...

Photobucket

Selepas habis jer bergambar, ReMy terus minta izin Nur untuk ke rumah sewa sebab ReMy da mula rasa janggal sebab kulit muka da mula terkupas. ReMy duduk jer dalam rumah hinggalah keesokan harinya...


19 July 2008 (Sabtu)

Bangun jer dari tidur, ReMy terus tengok cermin. ReMy tengok da makin banyak kulit yang terkupas. ReMy terus mandi dan makan ubat yang Dr Chu bagi, dan pada pukul 12.00 tengahari ReMy terus call Taxi untuk ke Melaka Sentral...

Tiba jer di Melaka Sentral, semua orang pandang semacam sebab ReMy pakai mafla untuk menutup muka (macam ninja) untuk menutup kulit. Pukul 1.30 petang bas pun sampai dan ReMy sampai di KL pukul 4.08 petang...

ReMy dengan segera ambil taxi ke Shah Alam, sampai jer di rumah barulah ReMy rasa lega. Kulit ReMy akan terkupas hingga hari Selasa depan, selepas terkupas barulah ReMy akan keluar dari rumah.

Nantikan pic ReMy dengan kulit yang baru pada minggu depan...

0 comments:

Post a Comment