Tragis Seorang Bintang...

>> Sunday, July 27, 2008

Photobucket

Pepatah sering mengungkapkan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nyata, pepatah tersebut sangat ranum untuk beberapa nama besar dalam industri hiburan dunia yang kematian mereka meninggalkan misteri tidak terungkai serta perdebatan tanpa henti hingga kini.

NORMA JEAN MORTENSON

Photobucket

Riwayat :
1 Jun 1926 - 5 Ogos 1962 (36 tahun)

Tragedi :
Pengambilan ubat tidur secara berlebihan.

Fakta :
Marilyn Monre, nama yang sangat terkenal dan penuh kontroversi. Rambut dan payu dara Monroe menciptakan standart cantik perempuan pada masa itu, bahkan hingga kini.

Dialah bintang filem dan simbol seks paling terkenal abad ke 20 yang menjadi Playmate edisi pertama. Susuk badannya montok dan mengiurkan, ditambah bibir yang menarik.

Monroe yang turut digelar '50s Sex Goddes' pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan mendiang Presiden AS, John F Kennedy.

Hikayat :
Monroe pernah berkahwin dengan tentera Perang Dunia Kedua, James Doughert sebelum menikah dengan Joe DiMaggio, seorang pemain bola lisut pada tahun 1954 (3 tahun sebelum Malaysia merdeka).

Perkahwinan terakhirnya ialah dengan Arthur Miller yang bertahan selama 5 tahun bermula Jun 1956.

Pelbagai masalah yang mengganggu karier dan kehidupan peribadinya menyebabkan keadaan semakin buruk dan rumit.

Riwayat Monroe berakhir menyedihkan bagi seorang yang berfizikal cantik. Dia ditemui mati dirumahnya, dipercaya akibat tindakan bunuh diri dengan mengambil ubat tidur secara berlebihan.

Nantikan kisah tentang Kurt Donald Cobain dan Heath Andrew Ledger pada episod akan datang, teruskan bersama rancangan "remy.COM blog"

Hehehe...

0 comments:

Post a Comment