Akibat nak Cantik

>> Thursday, September 18, 2008

Photobucket

Photobucket
Gambar Hiasan

Semua orang nak kelihatan cantik di khalayak ramai terutamanya kaum wanita kerana kecantikan itu segala-galanya bagi mereka, apatah lagi bagi yang terkenal dan banyak duit yang sanggup menghabiskan duit untuk mengubah paras rupa dan bentuk badan.
Di barat, golongan artis, bangsawan, malah rakyat biasa pun dah ada yang sanggup melakukan perubahan seperti yang diidamkan.
Photobucket
Jocelyn Wildenstein
Antara yang biasa dilakukan adalah pembedahan plastik, botox, kolagen dan sebagainya. Sebagai contoh, remy ambil Jocelyn Wildenstein (62 tahun) yang telah mendapat pelbagai gelaran kerana sering menjalani pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya. Bekas isteri jutawan Alec Wildenstein itu menjalani sekurang-kurangnya 7 pembedahan plastik dan pembentukan semula mata secara drastik. Dia turut menerima suntikan kolagen bagi membesarkan bibir, dagu dan pipinya. Untuk semua proses itu, dia dikatakan membelanjakan kira-kira RM 12.3 juta. Mula menjalani pembedahan pada wajahnya kerana bimbang suaminya mula hilang minat terhadapnya, tetapi wajahnya yang menarik bertukar menjadi hodoh sehingga suaminya menjerit ketakutan ketika melihat beliau.
Itulah akibat orang yang terlalu obses nak menjadi cantik, tetapi sebaliknya.

Post a Comment