Cik Anis Tagged Remy

>> Thursday, September 25, 2008

Photobucket

Ni 1st time Remy ditagged, so x reti sangat. Tapi Remy try k menjawabnyer...

1. Lesen...
Remy da ada lesen keter tapi Remy drive cuma seminggu dua kali sebab Remy ni x suka drive sangat. Remy suka naik kenderaan awam seperti Bus, Taxi, Train dan sebagainya. Remy ambil lesen keter ni kat Metro Driving, masa ujian JPJ Remy gagal 3 penjuru and bukit sebab terlalu gementar. Sebenarnya ujian jalan raya pun gagal, tapi abang JPJ yang test Remy bagi lulus (maybe sebab Remy ni baek kot, hehehe...).

2. Kaler
Remy minat ngan kaler Hitam dan Putih. Remy minat Hitam sebab warna Hitam buat Remy konfiden dan rasa selesa. Warna hitam juga boleh disesuaikan dengan mana-mana keadaan. Yang penting, warna hitam nampak kemas (macam Rain).

3. Novel...
Remy paling malas membaca, membaca ibarat merosakkan urat saraf Remy, hehe... Novel yang pernah Remy baca bertajuk "NODA" yang menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang telah terjerumus dalam dunia "gay" tanpa disedarinya. Selain daripada "NODA", Remy x ingat sangat sebab Remy jarang baca novel.

4. Suker Makeup...
Remy jarang guna make up semenjak jerawat naik mendadak tahun lepas (2007). Remy guna make up hanya kalau ada acara yang penting dan memerlukan penampilan yang menarik, cewwah... Jenama yang biasa Remy guna ialah M.A.C.

5. Kawan...
Kawan Remy terbahagi kepada 6 iaitu :
a) Kawan MySpace
b) Kawan Blogger
c) Kawan e-ring
d) Kawan chatterz at 8tv
e) Kawan Kolej
f) Kawan Sekolah

6. Diriku...
Remy merupakan anak ke-3 daripada 7 beradik dan Remy merupakan satu-satunya cucu kesayangan nenek Remy. Remy dilahirkan pada 08 Mei 1987 di Shah Alam dan kini berusia 21 tahun (masih muda lagi). Remy sekarang sedang menuntut ilmu di Kolej Cosmopoint Technology cawangan Klang dalam Diploma Senireka Grafik (Grafik Berkomputer) dan kini dalam Sem ke-8. Remy ada kacukan Cina daripada Atuk (Grandpa) belah Emak. Remy ni agak pemalu sikit kalau 1st time jumpa tapi lama klamaan akan ok...

7. Camera...
Camera yang biasa Remy guna ialah camera yang terdapat di handphone Nokia N95 yang Remy pakai ni iaitu 5 Megapixel. Kebanyakan daripada picture yang ada di MySpace adalah dari camera Nokia N95 ni. Camera ni lah jantung hati Remy, hehehe...
:-) Senyum Selalu...

3 comments:

Ir.rIZZ IrHAmy September 26, 2008 at 9:18 AM  

oo amik graphic ey.suke course tu.ptut la kreatif

you are now in my zone September 26, 2008 at 2:08 PM  

dandan ritzz puji-pujian remy nmpk...ahakz... :p

ReMy September 27, 2008 at 7:09 AM  

thankz rizz...
hehe...

nua jelez?

Post a Comment