>> Friday, October 10, 2008

Photobucket

1 Syawal
Remy & keluarga mula bergerak dari umah ke Kg Melayu Subang (umah nenek). Kat situ, seperti biasa seluruh ahli keluarga berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Antara yang datang adalah keluarga :
- Pak Long
- Pak Ngah
- Pak Teh (my family)
- Pak Busu

Keluarga Pak Lang & Pak Cik x datang sebab ada masalah tertentu, cewwah...

Tanpa kehadiran 2 keluarga tadi, perayaan tetap meriah seperti tahun2 sebelum ni. Antara hidangan yang disediakan oleh my grandma adalah ketupat yang berkuahkan rendang daging, rendang kerang dan kuah kacang. Selain tu, terdapat juga pelbagai jenis lemang yg disediakan oleh my uncle (Pak Busu) iaitu lemang biasa, lemang jagung, lemang kacang merah dan lemang ayam B.B.Q. Sesaper yang nak wat tempahan untuk raya thn depan g tau remy k (dijamin sedap)...

Habis jer makan & da bersalaman sesama saudara, masing-masing memulakan perjalanan ke kampung halaman memasing. Family Remy as usual g Melaka sbb kat sana ramai saudara mak.

Photobucket
Lokasi di Melekek, Melaka...

Photobucket
Orang belakang x puas hati...

Pukul 4 pm Remy & family sampai di Melaka dan terus simpan barang di rumah kebun nenek kat Melekek. Bermulalah ke rumah saudara mara mak Remy di Melaka bermula dari Melekek sampailah ke Alor Gajah. Satu hari sampai 5 rumah, bayangkan berapa byk Remy mkn sbb x blh balik sebelum mkn (betapa peramahnya org Melaka ni).

Sampai umah nenek dalam pukul 10.30 mlm terus tido sbb kepenatan (tanpa mandi).

2 Syawal
Pagi Syawal kedua Remy bangun lambat, dalam pukul 10 pagi & terus mandi bersiap untuk beraya lagi. Kali ni cuma 2 umah jer sebab Remy x larat berjln (kepanasan). Pukul 5 petang Remy & family bergerak pulang ke rumah untuk membuat persiapan ke Pulau Toman pada 3 Syawal esoknya...

3 Syawal
Remy serta ahli keluarga yang lain mula berkumpul di Kg Melayu Subang pada pukul 2 pagi untuk bersama-sama memulakan perjalanan ke Pulau Tioman. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam (dari Subang ke Mersing) sebab terlalu byk persinggahan yg disinggah, huhu...

Photobucket
Mersing...

Setiba di Mersing, semua mula mengangkat barang masing2 naik atas bot untuk ke Pulau Tioman. Perjalanan dari Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa selama 4 jam sebab sempat singgah di tengah2 laut untuk memancing.

Photobucket
Sempat berpose atas bot...

Sampai di Pulau Tioman pukul 12.15 tengahari. Masalah pertama yg Remy dapat adalah cuaca sebab terlalu panas kat sana, tapi pemandangan yg indah membuat Remy menjadi cool...

Masing2 memilih challet untuk bermalam selama 3 hari, challet yg disediakan sebanyak 7 buah. Makan tengahari & malam disediakan oleh penduduk disana, Remy kagum sbb diorang sumer bergotong royong dalam membuat kerja. Makanan yg disediakan pun sedap2 belaka walaupun lauk ikan selama 3 hari. (biasalah, atas pulau mn ader lembu kn?). Malam ni Remy tido awal, iaitu seawal 10 mlm sbb selesa sgt dgn kesejukan yg natural oleh alam semulajadi...

4 Syawal
Remy bangun awal kali ni, terus mandi air terjun di belakang challet bersama my lovely cousin (Azzy.com) dan adik-adikku yg periang. Hari ni Remy duduk dlm challet jer sebab nk manjakan diri...

Photobucket
With Azzy.com (my lovely cousin)

5 Syawal
Remy mula keluar untuk menikmati pemandangan indah di Pulau Tioman ni, Remy & family mandi manda di laut. Pelbagai aktiviti dilakukan tapi Remy just mandi & menanamkan diri dalam pasir (penanam nya adalah Nadiah.com, my cousin). Habis jer mandi, Remy mula perasan yg tgn & kaki Remy byk luka sbb langgar batu karang. Tapi x memutuskan semangat Remy untuk bermandi manda di air terjun pulak...

Pada malam pulak, Remy & family ke jeti untuk memancing sambil menghirup & menyedut udara yg segar & dingin.

Photobucket
Di jeti bersama kanak2 yg menceriakan lg keadaan...

6 Syawal
Remy & family memulakan perjalanan pulang ke Mersing pada pukul 1 tengahari. Dalam perjalanan balik, Remy.com & Azzy.com mengunyah jerk sambil menikmati kepanasan yg melanda...

Photobucket
Bye Bye Pulau...

Post a Comment