Da abis Mid Term...

>> Tuesday, November 11, 2008

Photobucket

Hi kengkawan n Geng Sayap sumer, rasanya dah lama Remy x on9 kan?. Seperti yang telah Remy bagi tau pada entry sebelum ni, Remy ada paper Mid Term pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Pada hari Sabtu, Remy jawab paper Malaysian Studies dan seperti biasa Remy kurang dapat jawab tapi Remy da try sebaik mungkin. Remy just x sure samada jawapan yang Remy bagi betul ataupun salah sebab Remy memang lemah dalam subjek yang berkaitan dengan sejarah dan jawapan yang hampir sama yang menyebabkan kekeliruan. Habis jer paper, Remy terus ke rumah untuk mendapatkan ketenangan minda untuk keesokan hari pulak. Pada hari Ahad, Remy ada paper 3D Animation (my favourite subject) tapi paper ni start kol 8 pagi. Seperti yang diketahui umum, Remy ni bukannya boleh bangun awal pagi tapi Remy suruh maid bangunkan pukul 6 pagi (kalau nak harap jam, memang Remy x kan bangun). Lekanya dengan mandi, x sedar dah pukul 7.10 pagi. Remy terus bersiap dan x sempat breakfast and terus start enjin keter. Sampai kolej dalam pukul 7.30 sebab jalan x jam pada masa tu dan Remy ambil kesempatan breakfast ngan kawan. Pukul 8 pagi, paper 3D Animation pun start dan habis pukul 9.30 pagi.

Disebabkan pagi masih lagi awal, Remy, Mas and Chidod merancang ke Jusco Bukit Tinggi Klang untuk enjoy sikit. Disebabkan Taty ingin menumpang balik ke rumah kat ngan Klang Parade, Remy singgah kat Klang Parade untuk ambil kamera DSLR Canon yang diantar repair 3 minggu lepas. Lepas anta Taty, kitorang terus ke Jusco Bukit Tinggi Klang. Sampai jer kat sana dalam pukul 11.30 sebab asik salah jalan, dan terus ke 2nd floor iaitu di kawasan cinema untuk beli tiket wayang. Cerita yang kitorang tengok adalah cerita "Tropic Thunder" iaitu pada pukul 1.20 pm. Sambil menunggu time tu, kitorang ronda-ronda mkn angin and cuci mata untuk menjelaskan penglihatan, huhu...

Habis jerk tengok citer yg "x berapa best, tp ok lah" tu, kitorang membeli makanan dan kuih serta roti untuk berkelah di tepi tasik. Makanan pada hari tu berasaskan sushi, nyum nyum... Kitorang makan sambil borak sampailah jam menunjukkan pukul 5 petang dan mulalah berkemas dan pulang ke rumah masing2.

Keesokan harinya, Remy x dapat bangun langsung. X tau kenapa, kepala terlalu berat dan terasa teramatlah pening. Setiap kali nak bangun, Remy kena pegang setiap tempat yang Remy lalu supaya x terjatuh. Memandangkan kelas pada hari tu start pukul 3.30 petang, Remy ambil keputusan untuk baring sementara dan selepas 2 jam ada rasa kurang sikit tp kepala Remy still berdenyut kuat. Remy ambil keputusan untuk ke kolej menaiki taxi sbb da x larat sgt nak bergerak.

Di bawah ni picture masa berkelah...

Photobucket
Time kat Jusco Bukit Tinggi Klang...

Photobucket
Sushi, Roti, Buah dan mineral menjadi pilihan hati...

Photobucket
Masreyana, Syuhadah (Chidod) and Remy...

Photobucket

6 comments:

rizz November 12, 2008 at 1:05 AM  

huhuu lmee xmkn sushi one of my fav tuu:p

you are now in my zone November 12, 2008 at 1:18 AM  

sushi? x suker... nakmo jadi owang jupun...hehe :p

ReMy November 12, 2008 at 8:48 PM  

rizz, sedap kn?
remy pun da lamer x mkn, tu yg try...

ReMy November 12, 2008 at 8:48 PM  

nuar x suker?
sedaplah nuar, raser cam sotong idup menjalar dlm tekak...

PöJìé PööH... Mulanya di sini... November 13, 2008 at 6:42 PM  

goodluck remy!!
sushi? erkk!!
sotong idup mjalar dlm tekak?
eyeuww!!!

aiZouL diSiSi... November 19, 2008 at 2:05 PM  

karangan sgt..
kikiki..

yakkk..x suke sushi

Post a Comment