Remy ke Jabatan Imigresen Malaysia

>> Tuesday, November 4, 2008

Photobucket

Selasa (04 November 2008), hari ni Remy buat passport di Jabatan Imigresen Malaysia yang bertempat di tingkat 2 Kompleks PKNS Shah Alam. Mesti korang tertanya-tanya Remy nak ke mana kan?. Bulan Desember nanti Remy akan ke Indonesia untuk 2 perkara, pertama iaitu bertemu dengan my grandpa punyer saudara di sana dan yang kedua iaitu bertemu dengan kawan lama Remy disana. Remy pernah study kat Pesantren sana iaitu Pesantren Ma'had Al-Zaytun yg berlokasi di Haurgeulis Indramayu Jawa Barat selama 3 tahun 6 bulan bermula dari 1999 hingga 2003.

Kita sambung pada cerita asal k, Remy tiba di Jabatan Imigresen pada pukul 9.15 am ditemani my dad. Sebenarnya nak gerak awal tapi Remy bangun lambat dan susah dibangunkan sampai mak renjis air kat muka. Ciankan?.

Masuk jer Jabatan Imigresen tu Remy jadi seram sejuk sebab ramai yg pandang macam Remy ni pelik tapi Remy buat x tau jerk dan terus ke kaunter 11 iaitu kaunter untuk beli borang dan ambil nombor giliran (satu borang RM1.00). Lepas beli borang, Remy terus isi butir-butir yang diperlukan dan terus ambil nombor giliran di kaunter yang sama. Sambil menanti nombor dipanggil, Remy ambil gambar bersaiz pasport sebanyak 4 keping.

Pukul 10.01 am, nombor 455 dipanggil iaitu nombor giliran Remy dan Remy terus ke kaunter 9. Kakak kat kaunter 9 ni peramah sesangat sebab suka sakat Remy dan buat lawak. Selesai jerk semuanya, Remy ke kaunter 7 untuk membuat pembayaran sebanyak RM300.00.

Setelah semuanya selesai, passport akan siap dalam masa 2 jam tapi Remy ambil kesempatan untuk pulang ke rumah dan ambil pada keesokan hari iaitu pada hari Rabu (05 November 2008).

Photobucket
Passport masa Remy berusia 12 tahun

Photobucket
Passport lama & borang permohonan

Photobucket
Borang yang telah diisi oleh Remy sendiri, huhu...

8 comments:

PöJìé PööH... Mulanya di sini... November 5, 2008 at 7:58 AM  

ohhh incik rahimi mau gi indon eh??
nak kirim!
hahaha..
kwn pojie plak ajak gi bandung cuti tenangkan fikrian..
erm, tgok la cene..

aiZouL diSiSi... November 5, 2008 at 10:25 AM  

nak ikot voley..
nak gak..nak gak..smbil hentak2 kaki

you are now in my zone November 5, 2008 at 10:44 AM  

jauh betul sayap remy ke indonesia bagai ;)

rizz November 5, 2008 at 11:37 AM  

remy..blik indon t nk ole2 hehehhe
batek keww

ReMy November 5, 2008 at 11:44 PM  

pojie nak kirim aper?
g la bandung, best tau, air panas dier best sesangat...

ReMy November 5, 2008 at 11:45 PM  

aizoul, nak ikot ker?
blh jer, tp zoul duk dlm bagasi remy k (macam dlm iklan tu)

ReMy November 5, 2008 at 11:46 PM  

nuar, dah lamer remy x g indon...
rindu kat kengkawan, nak jumper n nak suruh diorg bawa remy pusing jakarta...

ReMy November 5, 2008 at 11:47 PM  

rizz, rizz nak batik?
boleh jerk, no poblema...

Post a Comment