Tiada kenangan Che Man...

>> Saturday, December 20, 2008


Che Man?
Siapa Che Man?
Bekas kekasih Remy?

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kaitan Remy dengan Che Man kan?.

Beberapa hari yang lepas, Jim Duke from France ada komen kat Blog Remy yang berbunyi seperti ini :

"Jim bru baca profile remy.. "I'm a mix Malay & Chinese because my grandpa is Chinese, so I have a lil bit look like Chinese..."lil bit??? HALLLOOOOO!! u dah 100% cam Chinese convert ok!hakhakhak.."

Tiba-tiba Remy teringat tentang arwah atuk Remy (sebelah emak) iaitu Che Man yang memang berketurunan Cina tapi arwah dah memasuki Islam sebelum berkahwin dengan nenek Remy iaitu Solamah.

Yang menyedihkan, kenangan tentang arwah Che Man terbakar dalam kebakaran rumah nenek Remy di Melaka pada tahun 1990 menyebabkan tiada langsung kenangan gambar arwah Che Man yang boleh Remy tatapi masa ni. Remy x dapat melihat rupa arwah Che Man sejak lahir lagi kerana arwah Che Man telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit strok pada tahun 1980 iaitu sebelum emak Remy mendirikan rumah tangga.

Tapi emak Remy (Nor Reizan) selalu bercerita tentang arwah Che Man dan memberitahu tentang sifat arwah yang penyabar, x pernah marah dan sentiasa bertolak ansur. Dalam 7 beradik, Remy satu-satunya yang memiliki genetik arwah Che Man kerana saudara mara emak di kampung selalu cakap yang Remy ni ikut muka Che Man.

..::THE END.COM::..

3 comments:

you are now in my zone December 20, 2008 at 11:05 PM  

ooo...patot r...

salasilah keluarga nih... :D

ReMy December 20, 2008 at 11:38 PM  

salasilah keluarga Remy.com

Post a Comment