G T B

>> Wednesday, December 17, 2008

Photobucket

Dah 5 hari Remy x mengupdate blog kesayangan Remy ni kecuali lagu dalam blog ni, best x lagu-lagu yg kedengaran ni?

Remy nak berkongsi dengan kengkawan Remy yang prihatin semuanya ttg kehidupan Remy dalam masa 5 hari yang lepas termasuk hari ni.

G : Gembira

Remy hanya sempat bergembira selama 2 hari seperti yang telah Remy ceritakan pada entry sebelum ni. 2 hari tu merupakan hari yang cukup bermakna buat Remy sebab boleh berseronok dengan kengkawan kolej tanpa memikirkan tentang assignment sebab semuanya dah selesai. Tapi keseronokan tersebut telah dirampas oleh (T) sebabnya di bawah ni.

T : Tension

Remy tension disebabkan dengan masalah family Remy. Pada pagi Ahad (14 December 2008), Remy da siapkan pakaian untuk ke KLCC sempena berjumpa dengan Sayapians tersayang semuanya tapi bila Remy kebawah jer Remy terdengar pertengkaran antara Mak dan Ayah Remy. Yang sedihnya, Remy tetiba dimarah oleh ayah Remy sebab Remy tanya pada semua org apa yg berlaku sebenarnya dan telah ditampar oleh ayah Remy. Remy memang benci giler ngan ayah Remy sejak dia kahwin 2 pada 2000 sebab buat hidup mak Remy menderita. Remy terus ke atas (bilik Remy) dan membatalkan pertemuan dengan kengkawan yang telah Remy janji pada hari Ahad dan Isnin iaitu pertemuan Sayapians dan pertemuan bekas kengkawan sekolah menengah Remy. To Sayapians tersayang semuanya, Remy minta maaf sesangat sebab x dapat menghadirkan diri pada hari tersebut k. Seterusnya Remy (B) pada hari Selasa (17 December 2008).

B : Bengang

Remy bengang disebabkan oleh seorang budak junior kat kolej yang pernah Remy ceritakan pada entry sebelum ni juga (yang nak minta Remy jadi model dia untuk assignment photography). Junior ni da wat appoinment ngan Remy dan kawan Remy yg bernama Mas iaitu pada hari Jumaat akan datang tapi semalam (Selasa malam) dia call Remy suruh Remy datang hari ni (Rabu). Mula-mula Remy x nak, tapi disebabkan dia merayu so Remy x dapat nak menolak sebab Remy kan baik, hehe. Yang membuat Remy bengang sebab dia datang lambat sejam dan buat muka x bersalah, tapi nasib baik pagi tu Cik Anis call Remy n buat Remy tergelak dengan tipu helah Cik Anis ni, thanks Cik Anis. Tapi Remy kembali bengang sebab junior ni cakap yang hari ni Remy nampak kusut dan x pandai bergaya. Time ni Remy memang da x boleh tahan tapi Mas suruh Remy sabar n teruskan jer dengan rancangan yg telah ditetapkan. Habis jer sesi tu, Remy terus minta kesemua pic yg dia ambil masuk ke dalam laptop Remy melalui kabel dan terus pergi tanpa kata apa-apa. Sampai jer kat Cafe Cosmopoint, Remy tengok semua pic yang dia ambil sambil ketawa terbahak-bahak dengan Mas sebab junior sengal ni x pandai snap pic dan x pandai main anggel (hampir semua pic yg dia snap blur, mamposlah dia kna tanya ngan En Shaiful nnti sebab ni Final Project bagi dia).

Ni pic yang senior tu snap, 2 ni jer yang agak baik. Yang lain blur, tu la tunjuk pandai sangat dan berlagak dengan Nikon dia tu...

Photobucket

Photobucket

Dan ni pic yang kawan Remy snap, just guna Nokia jerk...

Photobucket

Kesimpulannya :

Janganlah suka menunjuk dan berlagak pandai dengan sesuatu yang baru. Dan hargailah bantuan yang telah diberikan oleh seseorang itu...

6 comments:

you are now in my zone December 18, 2008 at 12:48 AM  

Gembira: Tumpang hepi tuk remy :D

Tension: Remy tetenang ok. Jgn simpan dendam ok. Anggap jer macam angin lalu...

Bengang: Kikiki...byk songeh itu budak kan, remy. Tampo dier! :p

||| PöJìé PööH ||| December 18, 2008 at 8:30 AM  

G: pojie tumpang hepi bila kwn² pojie hepi...

T: sabar la yer.. dugaan.. yg penting ada mak yg masih syg kat remy kan!

B: klo pojie la kan pojie akan kuor kan stmt kekwat, "sori, i never deal to be late!" dan blah dari istu biar dia tpinga² nk cari model lain.. bkn dpt duit pun! buang masa!

rizz December 18, 2008 at 11:44 AM  

g - hepi 4 remy..
t - saba remy.sebak bce.:(
b - tampo je..:p

Preppy Guy December 18, 2008 at 3:46 PM  

lor...kesiannya...banyak2 brsabar k emy..apa yang terjadi tue mesti ader hikmahnyer...

xoxo

AL

ReMy December 18, 2008 at 11:56 PM  

thanks nuar,
thanks pojie,
thanks rizz,
coz bg remy semangat...

n thanks to preppy guy, mcm mn u tau panggilan remy kat umah "emy"?

Post a Comment