Nasihat Doktor Chu...

>> Tuesday, January 6, 2009

Dr Chu yang merawat Remy setiap minggu akan call untuk memastikan Remy ikut nasihat dia, yer la Remy kan customer dia. Mesti dia nak yang terbaik untuk customer dia kan?. Selain daripada Remy buat treatment di klinik, Remy kena la jaga pemakanan untuk memastikan treatment yang Remy buat tu berkesan. Remy nak berkongsi ngan kengkawan semuanya nasihat yang telah di beri oleh Dr Chu, antaranya :

1) Remy kena minum jus oren pada setiap pagi untuk mendapatkan vitamin C dan kesegaran untuk memulakan hari-hari yang indah, hehe... (Remy biasa minum Marrigold Peel Fresh)

2) Remy kena makan buah-buahan setiap hari, biasanya Remy makan apple & strawberry jerk tp Remy jarang amalkan yang ni sebab malas...

3) Remy kena makan tomato untuk tisu-tisu kulit, tomato adalah kegemaran Remy & tiap malam Remy makan tomato sebab dah macam makanan sebelum tidur, huhu...

4) Remy kena banyak minum air mineral (biasalah, mineral memang bagus dan wajib diminum setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

5) Remy dilarang sama sekali memakan makanan bergoreng, berminyak dan yang seangkatan dengannya sebab kulit Remy ni cepat tumbuh jerawat kalau makan makanan macam tu (tapi makanan yang dilarang tu lah yang paling Remy suka)

Setakat ni jer yang Remy nak kongsi ngan kengkawan semuanya, ada masa nanti Remy bagi yang selebihnya k. Maybe semua diatas ni dah biasa didengar tp memang berkesan kalau diamalkan selalu.

4 comments:

rizz January 7, 2009 at 3:02 AM  

prtua remy ni mcm best jerr huhuu

myZone | When Anuar opens to public January 7, 2009 at 8:04 AM  

hazab namenyer nih...beauty through pain...haiyo, tak sanggup pakcik... :p

ReMy January 7, 2009 at 8:50 PM  

rizz, mmg best pon...
cuber la, mesti nak lg, huhu...

ReMy January 7, 2009 at 8:50 PM  

nuar, mn ada pain, mkn jerk...
ngam ngam ngam, da masuk perut, hehe...

Post a Comment