2 Berita Sedih...

>> Saturday, February 7, 2009



Mula-mula mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda Zoul yang telah kembali ke Rahmatullah...


..::POJIE::..

Remy dapat message dari Pojie pada 6 Februari 2009 iaitu pada pukul 8.15 pm yang menyatakan Pojie diterminate pada hari tu. Remy dan Sayapians semuanya harap Pojie bersabar dengan semua dugaan yang diberi oleh-Nya, Allah sentiasa menguji ummat-Nya. Kami semuanya akan berada di sisi Pojie dalam keadaan susah dan senang dan sentiasa menyayangi Pojie seumpama keluarga sendiri (kita memang dah bagaikan sebuah keluarga). Maybe ada hikmah di sebalik semua ni, pekerjaan yang lebih baik menanti Pojie di depan mata, nantikan dengan hati yang gembira k...


..::ZOUL::..

Remy dapat message dari Zoul pada 6 Februari 2009 iaitu pada pukul 11.28 am yang memberitahu bahawa Zoul dalam perjalanan ke Pahang kerana ayahnya telah dimasukkan ke hospital dan akan menjalani operation pada tengaharinya kerana masalah usus.

Pada 7 Februari 2009 iaitu pada pukul 7.44 pm, Remy telah dikejutkan dengan message yang telah dikirim oleh Cik Wanie yang menyatakan bahawa ayah Zoul telah kembali ke Rahmatullah. Ni merupakan ujian yang besar buat Zoul dan Remy harap Zoul dapat menerimanya dengan redha, berdoalah pada Allah agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman.

video

6 comments:

Remy.com February 7, 2009 at 10:32 PM  

btol tu nuar,
berturut-turut satu hari tu dapat berita sedeh...

cik wanie February 7, 2009 at 11:07 PM  

tuelah,
dugaan demi dugaan yg kena mereka tempuhi,
kita sebagai sebahagian dr hidup mereka kena sentiasa beri semangat tuk teruskan kehidupan mereka....
:(

rizz February 8, 2009 at 12:52 AM  

hidup x slalu indah..:(

Remy.com February 8, 2009 at 1:00 AM  

btoi tu rizz, ada pahit manisnya...

Post a Comment