Indonesia Raya...

>> Tuesday, February 24, 2009


Hi kengkawan semua, da agak lama Remy menyepi kan?. Sekarang Remy da sampai di tanah airku yg tercinta (Malaysia) iaitu pada pukul 10.55 pm tadi dengan selamat. Remy nak bercerita pengalaman selama 4 hari Remy bersama family di Indonesia tapi x tau mcm mn nak bercerita sbb kemungkinan besar ceritanya panjang sesangat (nanti kengkawan sumer boring). So Remy ambil keputusan utk meringkaskannya dengan hanya menceritakan point yg penting sahaja k.

Disebabkan camera Remy tertinggal di rumah, Remy hanya menunjukkan pic yg sempat di snap menggunakan Nokia N95. Pic selainnya (guna camera cousin) akan dipaparkan apabila Remy mendapatnya k. So Remy akan bercerita berpandukan pic, harap anda terhibur...


Penerbangan Pergi :

Pukul 3.00 pm, Remy tiba di KLIA dan terus bersiar-siar (KLIA x ramai sgt manusia hari ni). Penerbangan ke Jakarta sebenarnya dijadualkan pada pukul 5.35 pm tapi telah ditangguhkan sebanyak 2 kali iaitu pada pukul 6.00 pm dan seterusnya 7.30 pm (nasib baik Remy bawa iPod untuk menghiburkan diri). Sambil menunggu masa penerbangan yg masih lama lagi, Remy window shopping di dalam KLIA tu sambil menyuci mata yg dah lama x dicuci ni. Tepat pukul 7.30 pm, penerbangan yg membawa Remy sekeluarga selamat berlepas dari KLIA dan pada pukul 9.55 pm selamat mendarat di Bandara Soekarno Hatta (masih x berubah daripada dulu).


Ke Menara Monas :

Remy ke Menara Monas pada 22 Februari 2009 (Ahad), perjalanan ke sana terlalu sesak disebabkan hari tu adalah hari Ahad. So Remy just tengok dari jauh jerk, kalau nak masuk kena beratur panjang, cuaca time ni dah la panas terik (tau-tau jer ar Remy ni malas sikit, hehe...). Menara Monas ni dikatakan bahagian atasnya diperbuat daripada emas campur iaitu emas yg telah dicampurkan dengan sejenis bahan (satu hari nanti Remy akan try untuk mengambilnya, hehe...).

Ke TCI Mall :

TCI Mall ni terletak di tengah-tengah ibu kota Indonesia iaitu di Jakarta Pusat, sekali masuk jer Remy terus jadi pening disebabkan orang yg terlalu ramai dan padat. Tapi yg bestnyer adalah harga barangan yg dijual terlalu murah dan kualitinya boleh dikatakan bagus. Perkara lucu yg x dapat dilupakan di TCI Mall ni adalah semasa makan di Food Court, baru jer Remy letak punggung atas kerusi, tetiber sampai 6 menu dari gerai yg berlainan serbu Remy sekeluarga sampaikan uncle Remy tengking diorang. Remy rasa saper yg dapat order, akan dapat komisyen, tu la pasal berebut-rebut...

Penerbangan Pulang :

Penerbangan pulang ke Malaysia dijadualkan pada pukul 7.55 pm, tapi Remy sekeluarga bertolak awal sebab nak bershopping dulu kat Botani Mall iaitu di Bogor untuk membeli buah-buahan yg segar dan murah. Tapi satu tragedi yg x diingini telah menimpa kami sekeluarga iaitu pintu kereta telah dikopek oleh seseorang dan satu beg bagasi telah dilarikan. Adakah anda semua tahu apa isi dalam beg bagasi tersebut?.

Dalam beg tu terdapat barang-barang Remy dan ole-ole yg telah Remy belikan untuk Sayapians tersayang, maybe x der rezeki, bulan 8 nanti Remy belikan lagi k. Disebabkan buat laporan polis, Remy sekeluarga dah terlambat untuk ke Terminal. So ni lah masanya driver tu drive selaju-lajunya sampaikan Remy x sempat nak minum Susu Coklat tu, akhirnya kami sampai di Terminal pada pukul 6.25 pm.

Pada pukul 10.55 pm, penerbangan MAS tersebut berjaya mendarat dan sampai lah Remy di rumah pada pukul 1 am...

Nantikan entry mengenai perjalanan kami ke Puncak Gunung Bogor, hanya setelah Remy mendapat pic daripada cousin Remy...

16 comments:

TAN SRI MOHD. IKRAM February 24, 2009 at 8:50 AM  

sbb kn tok am skali xde
tu kan kopek tu pintu,.
huhu
pape pun, am turut simpati
jd kn mende tu pgalaman dlm idup k

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah February 24, 2009 at 9:08 AM  

waaaaa bestnyer nengok ang bergumbira... tapi aku lom ada nawaitu nak naek flight laie wakakak aku fobia beb wakaka games xtreme sumer aku leh wat tapi naek kapal terbang ne jer ler aku angkat bandera putih wakakaka sampaikan dak2 aku plan nak g langkawi naik flight aku plak leh pakat drive kete wakaka berapi jer depa... last2 plan tak jadi wakaka

NizaM SuLaiMaN February 24, 2009 at 9:32 AM  

wah best best..
nek flight..
i wonder bile ntah leh naik flight...
huhu...

||| PöJìé PööH ||| February 24, 2009 at 10:11 AM  

Wah selamat pulang Tuan Muda Remy..
Ada bw buah tgn buat sy ker..?
Hehehe..

Blog Anuar Kamaruddin™ February 24, 2009 at 10:29 AM  

mcm baca sebuah novel bergambar plak...hihi ;D

rizz February 24, 2009 at 10:51 AM  

alaa siannye kat remy mse ending entry ni..cmne kene rompak yunk..adush sedeh rizz denga..nasib remy 1 fmly x pape..waa miss u nak kua same taw!! ngee~~~~~~~

Remy.com February 24, 2009 at 11:51 AM  

am,
remy x gaham ar am, huhu...

ayat aper erk tu?

Remy.com February 24, 2009 at 11:52 AM  

nadia,
nper takut?

remy naik biaser jerk,
alaaa, paling2 pon terhempas jerk, huhu...

Remy.com February 24, 2009 at 11:52 AM  

nizam,
mmg best, klau sumer ader lg best kn?

Remy.com February 24, 2009 at 11:52 AM  

pojie,
ni mesti x bacer habis kn?

Remy.com February 24, 2009 at 11:53 AM  

nuar,
ni mmg novel bergambar pon...

beli k nnti, huhu...

Remy.com February 24, 2009 at 11:53 AM  

rizz,
mmg best, nk jumper ker?
jom, lamer x jumper kn?

Nadzrah February 24, 2009 at 7:59 PM  

besnyer p indon!!
kejap je p?

Remy.com February 25, 2009 at 9:30 AM  

nadzrah,
mmg kjab jer g sbb 24 ader klas...

bulan 8 nnti remy g seminggu...

ArEzO February 27, 2009 at 8:04 AM  

remy..
sempat g holiday eh..
tumpu kt final pojek la..
huhuhu~

Remy.com February 28, 2009 at 6:36 AM  

arez...
huhu, sajer nk tenangkan minda ni, huhu...

Post a Comment