Nazri...

>> Friday, February 13, 2009




Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka di dlm pic atas tu kan?. Daripada tajuk entry ni pon da boleh dapat tahu siapa namanya, tapi tahukah anda semua apakah hubungannya dengan Remy sampailah Remy buat entry mengenainya?.

Buat pengetahuan kengkawan semua terutama Sayapians, Kepakpians dan pembaca-pembaca setia Blog Remy, Nazri ni merupakan antara salah seorang kawan Remy yang sama-sama menuntut ilmu di Indonesia dulu dan kini Remy menganggapnya sebagai abang angkat disebabkan usianya yang lebih tua dari Remy (jgn marah yer Naz...).

Nazri ni berasal daripada Riau yg terletak di Pulau Sumatera Indonesia, kitorang dulu sama-sama belajar di Pesantren Ma'had Al-Zaytun yg terletak di Indramayu Jawa Barat dan merupakan sahabat baik (bila Remy ada masalah mesti Remy share ngan Nazri, kan Naz?). Yang menariknya, sampai sekarang kitorang masih berhubung melalui Yahoo Messanger (YM) dan SMS setelah setahun terputus hubungan semenjak Remy keluar dari Pesantren tu dan bertemu semula di MySpace.

Perkara lucu/lawak yg sampai sekarang Remy ingat mengenai Nazri ni adalah semasa Remy nak pulang ke Malaysia utk selamanya iaitu pada tahun 2001, Remy telah memecahkan almari Nazri ni untuk mengambil barang2 Remy. Nak tau naper Remy pecahkan almari tu?. Remy pecahkan disebabkan masa tu Nazri masih dlm kelas dan perjalanan dr kelas ke asrama memakan masa yg lama dan time tu Remy x cukup masa utk tunggu Nazri balik dan Remy mengambil keputusan utk memecahkan almari Nazri (sampai sekarang Nazri tuntut tau). Nazri ni seorang yang mudah berkawan dan baik hati serta boleh bertutur dlm bahasa melayu dengan lancar (tanpa ada loghat Indonesia).

Untuk mengenali Nazri dengan lebih lagi, anda semua boleh ke :
(http://profiles.friendster.com/castello99) - Friendster
(http://www.myspace.com/nazskin) - MySpace

Dan mesti anda semua tertanya-tanya lagi apakah tempat ini kan?. Remy akan menerangkan kepada kengkawan semuanya pada entry yang akan bersambung pada masa yg akan datang. Kembali selepas iklan...

8 comments:

SAIFUL February 13, 2009 at 10:06 AM  

abang angkat jer ke uolls?

rizz February 13, 2009 at 10:30 AM  

wahh cando!!!! hahahrrr

Remy.com February 13, 2009 at 12:36 PM  

saiful,
abg angkat lah, huhu...

Remy.com February 13, 2009 at 12:36 PM  

rizz,
cando erk?
tp rmy raser remy lg cando kn?

kan kan kan?

Remy.com February 13, 2009 at 12:37 PM  

nuar,
nazri ni da ader sampi 2 blog, nk mengalahkan remy, huaaaaa....

AZRI February 13, 2009 at 12:55 PM  

biase jer emy...!!naz x lah nak menuntut..!!hehehe.....!!tapi nak jumpe jer..!pasal dahlame kite x jumpe kan..??kire dah hampir 5 tahun !!tol x..??

Remy.com February 13, 2009 at 1:05 PM  

huhu, naz ni...
da jumper nnti mesti minta ganti rugi, takutlah...

ahakz,

Post a Comment