Interview...

>> Friday, April 24, 2009



24 April 2009 (Jumaat)

Setelah sekian lamanya Remy x ke Cosmopoint (kolej) kerana duduk di rumah menyiapkan kerja-kerja Final Project, hari ni Remy kembali ke Cosmopoint bukan untuk ke kelas dan bukan untuk berjumpa lecturer tetapi interview untuk praktikal di sebuah syarikat. Seramai 2 orang daripada pelajar Graphic semester ni telah dipilih termasuklah seseorang yg bernama Remy. Interview tersebut dimulakan pada pukul 10.30 am dan berakhir pada pukul 11.15 am, pelbagai maklumat telah Remy perolehi semasa interview tersebut dan Remy telah diberikan satu tugasan oleh mereka iaitu :

Menghasilkan sebuah poster
- Jenama sendiri (spt jenama yg terkenal di pasaran sekarang)
- Pakaian berjenama ala-ala Paris
- Shooting model sendiri
- Submit : 08 May 2009 (my burthday)


Selesai jer interview tersebut, kepala Remy terasa pening sbb Final Project pon belum siap lagi, sekarang da bertambah kerja lain, huh... Apa nak wat, harus ku tabah mengharungi semua cubaan ni demi masa depanku, cewwah...

Untuk menghilangkan tekanan, Remy telah dibawa ke Pizza Hut yg bertempat di SACC Mall Shah Alam oleh seorang sahabat Remy yg bernama Masreyana. Disebabkan lunch Remy pada hari ni ditaja, Remy telah order 2 set Prown Olio Spagethi (my favourite) sebab tengah diet, hahaha diet lah sangat kan. Habis jer makan, Remy terus menuju ke kediaman Remy untuk mandi sebab badan dah basah sesangat (hari ni macam mandi sauna jerk) sebab nak jumpa seseorang.

Siapakah seseorang itu?

Si Dia telah menjemput Remy dari rumah pada pukul 3.30 pm untuk ke Sunway Pyramyd, tujuan kesana adalah untuk menemani Si Dia membeli sebuah beg tangan yg berjenama iaitu Guess. Susah juga rupanya nak memilih beg tangan ni erk, Remy ingatkan senang jerk tapi setelah menemani Si Dia memilih beg tangan barulah Remy sedar yg memilih beg tangan pun memeningkan sebab terlalu banyak pilihan dan bentuk yg menawan. Setelah mengunjungi 2 butik Guess di sana, barulah Si Dia memilih beg tangan yg telah Remy peragakan beberapa kali ala-ala Supermodel.

Setelah hajat Si Dia tertunai, kami berdua ke Kenny Rogers Roasters untuk makan petang (makin tembamlah Remy lepas ni). Sambil makan, Remy dan Si Dia sempat snappy-snappy picture untuk dijadikan kenang-kenangan pertemuan pada pertama kali dan berborak sambil ketawa manja (Remy cover cute, hehe...)

Setelah makanan yg telah kami makan diproses dengan agak sempurna, kami ke rumah sahabat Si Dia yg terletak berhampiran dengan Sunway juga just for "Say Hai". Remy sangat geram dengan anak sahabat Si Dia sbb terlalu putih dan comel, hehe...

X sampai beberapa minit meletakkan punggung sexy ku ini, kitorang terpaksa pulang ke rumah sbb dah petang dan Si Dia menghantar Remy pulang ke rumah. Nak tau siapakah Si Dia tersebut?

Nantikan entry yg penuh dengah picture kami pada entry yg seterusnya iaitu pada hari seterusnya, salam sayang dari Remy.com (mwahx...)


8 comments:

||| PöJìé PööH ||| April 25, 2009 at 8:47 AM  

wahhh!!
suspen nih!
cepat hupdate!

Hezesuze April 25, 2009 at 9:00 AM  

amboi3!!!!
sapekah si dia tu remy oiii???
shantek ke? cute ke?

wahhh xsabo nak tunggu n3 ang ni...

Namhkir April 25, 2009 at 6:48 PM  

ohw u were at pyramid?..tak ckp..
takpe la..tak nak ganggu u and Si Dia.lol

Remy.com April 25, 2009 at 7:47 PM  

pojie,
ader lah, nantikan k...

Remy.com April 25, 2009 at 7:47 PM  

hezesuze,
ader la, nk tau ker samada ensem or cantik?

nantikan k...

Remy.com April 25, 2009 at 7:48 PM  

rikh,
remy x der no u la, klo ader mmg da call k sbb remy tau rikh duk subang...

hehe...

rizz April 26, 2009 at 1:00 AM  

hahahak...kemaennn..gud luck remy 4 final projrct hhehee

Post a Comment