Pengembaraan Musim Ke 2

>> Saturday, May 23, 2009


Hari ni (Sabtu, 23 May 2009), Remy bersama Masreyana dan Ayu bercadang untuk keluar lagi kerana inilah masanya untuk menghabiskan masa bersama sebelum bermulanya praktikal iaitu pada 25 May 2009 (Isnin). Hari ni kami bertiga x merancang nak kemana, tapi akhirnya tempat-tempat di bawah ni yg kami bertiga pergi. Hehe...

Kami bertiga ke Taman Seri Cahaya (betul ker nama ni?) yg terletak di seksyen 8 Shah Alam, bayaran masuk hanyalah RM3 seorang. Disebabkan terlalu panas cuaca pada masa ni, kami bertiga hanya mampu mengelilingi sekitar kawasan dengan menaiki kenderaan yg telah disediakan (malas nak jln kaki g semua tempat). Selesai jer mengelilingi kawasan tersebut, kami bertiga menuju ke...

Kami menuju ke KFC yg berlokasi di Kompleks PKNS Shah Alam untuk makan tengahari, Remy makan snake plate sbb tetiber teringin nak makan ayam tapi penyesalan berlaku sbb ayam tu x best. Habis jer makan, kami bertiga pergi pula ke...

Kami pergi ke Muzium Shah Alam yg terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Shah Alam, suasana dalam muzium tu teramatlah sunyi dan tetiber Remy teringat cerita Night At The Muzium (teringin nak tengok benda-benda dlm muzium tu bergerak). Sambil menimba ilmu pengetahuan, sempat lagi kami bertiga snappy2 untuk dijadikan kenangan terindah. Selesai jer mengunjungi Muzium Shah Alam tersebut, kami bertiga sempat lagi snappy2 semasa dalam perjalanan ke car park. Di bawah ni sesetengah picture yg sempat kami snap untuk dijadikan memori, harap kengkawan semua enjoy k...

Adegan putus cinta dlm cerita Bisikan yg akan ditayangkan di pawagam pada 2010

Adegan seterusnya, rupernyer si gadis ni lesbi (tu sbb dia minta putus dari si jejaka tadi)

Adegan seterusnya, si jejaka mengetahui bahawa si gadis merupakan lesbi dan si jejaka berusaha memujuk agar si gadis kembali kepadanya.

Adegan terakhir, si jejaka membunuh diri kerana permintaannya ditolak. Si gadis sangat menyesal kerana si jejaka itu merupakan lelaki paling macho yg pernah si gadis temui, cewwah...

Berakhirlah sinopsis bagi cerita Bisikan yg akan dikeluarkan di pawagam pada 2010 nanti, datanglah beramai-ramai bg mengetahui samada si jejaka mati ataupun tidak.

Kembali pada cerita sebenar, setelah habis menimba ilmu pengetahuan di Muzium Shah Alam, kami bertiga membuat keputusan untuk ke Aquarium yg terletak bersebelahan dengan Wet World di Taman Tasik Shah Alam bagi menenangkan fikiran dengan melihat pergerakan ikan yg lemah longlai.

Seterusnya, kami bertiga ke McDonalds seksyen 3 Shah Alam untuk minum Milo sbb tekak dah teramatlah kering...

Untuk melihat picture yg lain, sila layari MySpace Remy di : http://www.myspace.com/re_my87

24 comments:

Namhkir May 23, 2009 at 10:12 PM  

nak kerusi tu...letak bilik...haha.

Remy.com May 23, 2009 at 10:16 PM  

rikh,
nk kerusi tu erk?
huhu, mn boleh...

Anonymous,  May 23, 2009 at 10:32 PM  

ko ni gila lah remy.gambar lawak x leh bla.

Remy.com May 23, 2009 at 10:33 PM  

lawak kah?
biaser jerk, huhu...

saper erk ni?
anyway, thanks bacer blog remy...

Blog Anuar Kamaruddin™ May 23, 2009 at 10:41 PM  

harus meletop BISIKAN di pawagam negara2 jiran...kat malaysia mesti tak leh ditayangkan kan? sbb ada adegan les :p hahaha

Remy.com May 23, 2009 at 10:42 PM  

nuar,
tau x per, meletops sesangat citer tuh...

nnti nuar download k...

Nur Farhana May 24, 2009 at 12:00 AM  

Hahaha.. Remy oo remy.. Rupanya plakon kamu nih, nk signature.. Cite bisikan??? Blh pecah panggung ke cite nih? Mst laa blh.. Hero jambu tu kan.. Heehee.. =p

*tukar tajuk le.. ANGKARA THE L WORD.. haha..*

Remy.com May 24, 2009 at 12:02 AM  

farhana,
angkara the L word?
huhu, best gak tp pengarah nak tajuk bisikan gak, remy hanya pelakon, cewwah...

thanks...

Hezesuze May 24, 2009 at 12:16 AM  

wakaka lawak tol la remy ni...
uik! byk nye ang menshekik kekdahnye...

kfc, mcd..wah btambah chubby la ek...huhuhuh

Remy.com May 24, 2009 at 12:18 AM  

kak heze,
remy mkn kfc sikit jerk...

g mcd just minum milo jerk, haus...

remy diet k, huhu...
diet lah sgt kn?

bee May 24, 2009 at 1:33 AM  

babak akhir tu best..tepi tu longkat ke parit??ah,x kesah la..lau masuk..garenti sakit pon dapat..bedak free pon dpt kan..(lumpur)..sila amik award lebah besar kat blog sy...

Duke Luce Dell'amore May 24, 2009 at 1:42 AM  

remy dah gile..wawawa..
part lessi yg xthn tu..huahuahua..

mummYaeesh May 24, 2009 at 2:29 AM  

wah sakan mengembara dgn dua gadis jelita kekdahnye!Jelita ke??hiks lariksss

Remy.com May 24, 2009 at 4:26 AM  

bee,
aah, longkang kat tepi tuh...

byk sgt daun dlm longkang tuh, huhu...

ada award erk, ok remy amik k...
thanks...

Remy.com May 24, 2009 at 4:27 AM  

jim,
aah, lawak kn?
lessi tu buat si jejaka tu bunuh diri, kijam kn?

huhu...

Remy.com May 24, 2009 at 4:28 AM  

mummyyeesh,
dua gadis tu mmg x jelita pon, hahaha...

bee May 24, 2009 at 12:54 PM  

mik je tayang bilernyer??

Remy.com May 25, 2009 at 8:26 AM  

bee,
akan ditayangkan awal tahun 2010, nantikan di pawagam yg berhampiran k...

rizz May 25, 2009 at 9:11 AM  

waghhh sonoknya p muzium hohohhhh lme xp

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah May 25, 2009 at 10:15 AM  

tak menahan adegan nak bunuh diri tue wakakkaak awat rendah sangat nak terjun tue???? kasi lew tinggi sikit wakakakaka

dah lama tak p muzium hmmmmm rasa cam nak redah jer p saper nak ikutttttttttt??????????

Remy.com May 25, 2009 at 8:57 PM  

rizz,
mmg seronok pun, g la klo ader maser k...

Remy.com May 25, 2009 at 8:58 PM  

Q-la,

remy nak terjun dr bumbung muzium tp kawan remy tu menggelabah sgt x kasi...

Kenek May 25, 2009 at 9:45 PM  

cerita cinta yg menarik!
kah3!

Remy.com May 25, 2009 at 11:50 PM  

kenek,
tau x perk...
romantik kn cerita ni?
ahakz...

Post a Comment