Berbuka @ rumah Ayu...

>> Monday, August 31, 2009


Isnin (310809)

Hari ni negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke-52, Remy berbangga menjadi warganegara bagi negara Malaysia tercinta ni. So jangan lupa beli album terbaru Mariah Carey iaitu "Memoirs of An Imperfect Angel" pada 29 September 2009 akan datang k...

Hari ni juga, Remy dijemput untuk berbuka puasa di rumah kawan kolej Remy iaitu Ayu yg berlokasi di Klang. Remy pergi sebab telah dijemput oleh emaknya, x elok kalau menolak permintaan orang tua kan, so Remy pun bersetuju untuk pergi.

Sebelum pergi, Remy ajak Ayu untuk ke Bazaar Ramadhan di section 13 Shah Alam untuk membeli beberapa jenis kuih muih. Tengah Remy sibuk berjalan di kebanyakan orang tersebut, tetiber Remy terpandang seseorang yg Remy kenali iaitu Mista Rikhman (berbaju hijau) bersama kawan-kawannya tp x sempat nk tegur sbb ramai sgt org masa tu dan jarak memisahkan kami, cewwah...

Habis jer membeli kuih yg diingini, Remy dan Ayu singgah di Giant untuk membeli beberapa bahan untuk membuat spagethi (kawan Remy teringin mkn spagethi yg Remy masak, pregnant kot).

Remy dan Ayu tiba di rumah Ayu tepat-tepat masa Azan berkumandang, setibanya kami disana terus Remy dihidangkan mi sup hasil masakan mak Ayu (sangat sedap rasanya bila ditambah sambal kicap, nyummy...). Antara menu lain yg Remy makan adalah cakoi, buah mangga dicicah ngan sambal kicap, nugget, padprik, tembikai dan sebagainya. Thanks kepada mak Ayu yg menyediakan semua makanan yg lazat x terhingga.

Habis jer makan, Remy ditemani Ayu dan Hairani untuk mengisi minyak. Kenapa Remy diteman?. Sebenarnya kat belakang kawasan umah Ayu tu ada kawasan perkuburan dan setiap kali nak ke highway mesti lalu kawasan tu...

Disebabkan Remy lemah bila melalui kubur (trauma), Remy minta diorang temankan, huhuhu...

Selepas mengisi minyak kereta, Remy pun pulang ke rumah sbb terlalu kenyang...

8 comments:

Namhkir September 1, 2009 at 3:42 AM  

hye, this picture is nice.
the first one. smart.

Remy.com September 1, 2009 at 5:03 AM  

rikh,
ni mesti x baca entry ni...

baca lagi, huhuhu...

Blog Anuar Kamaruddin™ September 1, 2009 at 5:59 AM  

mana ada hantu lah bulan poser...haish! =P

Hezesuze September 1, 2009 at 8:44 AM  

aik! rmh ayu tu kt ner??? mesT dekat ngan rmh ahkak gamaknye...huhuhu

ermm bila nk brbuka ngan akak ni....ekekek :D

atty's September 1, 2009 at 3:35 PM  

selamat hari merdeka remy

Remy.com September 3, 2009 at 12:59 AM  

nuar,
ader tau, seramnyerrrr...

Remy.com September 3, 2009 at 1:00 AM  

kak heze,
x dekat, jauh sesangat...
huhu...

esok kiter berbuker bersamer2 k kat mid valley...

Remy.com September 3, 2009 at 1:00 AM  

kak atty,
samat berposer gax, jom mkn, huhuhu...

Post a Comment