Berbuka @ Kenny Rogers

>> Sunday, September 6, 2009



060909 (Ahad)

Khamis lepas (030909) Remy ke Mid Valley untuk berbuka bersama Bloggers & kenalan Facebook di Food Junction (entry sebelum ni), semalam pula iaitu pada hari Sabtu (050909) Remy ke Mid Valley untuk berbuka bersama bekas pelajar Ma'had Al-Zaytun di Kenny Rogers dan seramai 30 orang yang menghadirkan diri.

Owh yer, Ma'had Al-Zaytun ni adalah tempat Remy study selepas mengambil UPSR iaitu pada tahun 1999, bertempat di Haurgeulis, Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Remy study kat sana hanya 3 thn jer dan sambung study di Malaysia pada tahun 2003, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Al-Zaytun ni silalah imbas balik di entry-entry Remy yg lampau dulu k.

Pertemuan tersebut bermula pada pukul 5.30 pm, dan seperti biasa bila dah lama x jumpa berborak jer lah kerjanya sampai x ingat nak order makanan, huhu...

Untuk cerita seterusnya, tengoklah gambar kat bawah ni k.










Habis jer makan, berborak dan bergambar, ada yang balik sebab ada urusan lain dan ada pula yg merancang untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah bowling, dalam 15 orang yg join tp yg main cuma 7 orang sahaja.






Penat bermain bowling, semuanya pulang ke rumah memasing. Dalam perjalanan pulang selepas menghantar cousin Remy ke Subang, Remy menghadapi masalah iaitu hujan yg tersangat lebat sampaikan x nampak apapun tp Alhamdulillah Remy berjaya sampai ke rumah dengan selamat. Yg penting, perjumpaan ni sangat best sebab dapat jumpa kawan lama dan seronok tgk perubahan pada diri setiap orang.

Post a Comment