Raya Ketujuhku...

>> Sunday, September 27, 2009



260909 (Sabtu)

Hari Raya Ketujuh

Dah seminggu kita melalui bulan Syawal ni kan, maknanya kita da beraya selama seminggu juga. Hari Raya Ketujuh ni dah semakin kurang jemputan open house, sebab kebanyakan kawan Remy da start bekerja.

Harini Remy ada hal family sikit tapi x boleh diberitahu (secret).

Pada pukul 3.45 pm, Remy dapat panggilan daripada Ayu (kawan kolej) ajak Remy jalan-jalan teman dia beli baju dalam wanita kat Carrefour Klang. Sebelum tu kitorang ke Jusco Bukit Raja, Klang dulu untuk window shopping (apa ada sana?).

Saiz Remy ker?

Remy dengan pose sebagai seorang jutawan bra...


Kitorang berdua balik ke rumah masing-masing pada pukul 7.15 pm dan dalam perjalanan ke rumah, Remy dapat panggilan daripada kawan sekolah Remy iaitu Haireeni. Haireeni ajak Remy beraya kat rumah dia dan setelah memikirkan dengan waras, Remy bersetuju dan terus pergi padahal x mandi lagi...

Pic time beraya kat rumah Haireeni x ada sebab Remy malu-malu dengan family dia, huhuhu...

Tengah Remy makan kuih tart sebagai pencuci mulut, tetiba Remy dapat panggilan dari Mak Remy minta belikan KFC Barrel (betul ker eja ni?) dan Remy terus ke KFC section 2 untuk membeli apa yg telah Mak Remy perintahkan, cewwah...

Sampai kat rumah, Remy makan lagi bersama family pula dan pada masa yang sama Remy dapat panggilan daripada Ayu minta Remy temankan dia ngan Aween ke UpTown Shah Alam @ section 24.

Remy sempat beli cermin mata, murah sesangat...

Ayu & Remy @ UpTown Shah Alam...

Aween (sibuk memilih), Ayu & Remy (sibuk pose)...


Pukul 12.40 pm kami pulanglah ke rumah masing-masing bagi merehatkan badan yg telah kepenatan setelah melakukan pelbagai aktiviti, sebelum tu mandi dulu hehehe...

4 comments:

Remy.com September 27, 2009 at 10:08 AM  

amir rayyan,
tau x mengaper, huhuhu...

iyllienaz September 28, 2009 at 1:10 AM  

waa..jarang pegi uptown s.alam..seronoknyaa..

Post a Comment