Shoppink & Berbuka @ KL

>> Saturday, September 12, 2009



120909 (Sabtu)

Harini seperti yg telah Remy jadualkan pada entry sebelumnya, Remy akan keluar ke Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bersama Nemo. Tetapi bukan hanya bersama Nemo, kami berdua ditemani oleh seorang kawan Nemo yg sangat peramah dan manis orangnya iaitu Dalilah.

Seperti biasa Remy nak say sorry to Nemo dan Dalilah sebab terpaksa menunggu Remy hampir 2 jam, memang x sah kalau Remy x datang lambat kan. Masa yg dijanjikan adalah pukul 11.00 am tapi Remy tiba pada pukul 12.30 pm, hehe very the diva Remy ni (dalam hati Nemo).

Dan tanpa membuang masa yg telah terbuang, kami bertiga terus menuju ke Masjid Jamek untuk memulakan aktiviti utama.

Macam kat sekolah kan pic atas ni?. Tapi ni bukan kat sekolah, time ni Remy, Nemo & Dalilah ngah beratur nak beli tiket. Ramai betul masyarakat Malaysia time ni, pening pun ada rasanya sebab rasa macam Remy kat dalam tin sardin.

Sampai jer kat Masjid Jamek, kami bertiga memulakan aktiviti utama iaitu mencari baju melayu untuk dipakai oleh seorang remaja yg agak comel bernama Remy pada raya pertama nanti. Disebabkan terlalu ramai manusia kat situ, kami bertiga juz jenjalan jer sampailah kat Jalan Tuanku Abdul Rahman dan disitulah Remy jumpa kedai yg ada baju melayu yg menepati citarasa Remy iaitu di Gallery First Impression Textiles.

Remy ngah cuba baju melayu warna kuning kecoklatan untuk petang raya...

Remy dengan pilihan kedua, kuning kecoklatan...

Remy dengan pilihan pertama, hijau untuk pagi raya...

Setelah memilih beberapa jenis baju melayu, akhirnya Remy membeli 2 pasang baju melayu berwarna hijau dan kuning kecoklatan serta sampin dan butang baju melayu. Yang Remy x tahan, akak kat kedai tu bagi Remy sejadah free sampaikan tergelak Nemo dan Dalilah (perli nampak).

Selesai jer shoppink, kami bertiga terus menuju ke Pavilion untuk menonton wayang. Nak tau cerita apa yg kitorang bertiga tengok?. Remy, Nemo & Dalilah tengok cerita :

GAMER (18PL)
- 04.15 pm
(Nemo belanja, hehe...)

THE FINAL DESTINATION 3D (18SG)
- 06.15 pm
(berbuka kat dalam pawagam)


Remy bergambar dulu sementara menunggu Dalilah solat, hehe...

Dan bergambar lagi, tapi kali ni Nemo yg amik...

Habis jer tengok Final Destination, kami bertiga terus ke Pizza Hut untuk berbuka puasa secara betul sebab dalam pawagam tadi cuma minum air dan coklat jerk (x kenyang).

Remy yg tengah bengang dengan servis kat Pizza ni, lembap dan staff cuma 3 orang sahaja, sengal.

Akhirnya, ada pun picture Dalilah ni.

Remy yg tengah berpura-pura melihat menu padahal tengah tension ngan servis kat Pizza tu...

Akhirnya, pada pukul 9.50 pm kami bertiga berpisah di Monorail Bukit Bintang dan menuju ke rumah masing-masing. Gembira sangat dapat jumpa Nemo sebab Nemo comel dan heppi dapat kenalan baru macam Dalilah...

4 comments:

farish sinclair September 14, 2009 at 9:18 AM  

wahh cedapnya pijaaaaaa! windoo nemo :p

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah September 16, 2009 at 12:29 PM  

erk... dapat sejadah free???? alhamdulillah akhirnya ang dapat chya menuju ke pangkal jalan wakakak

Remy.com September 16, 2009 at 12:33 PM  

q-la,
amboi, hang pon nak perli kah?

huhuhu...

Post a Comment