H.A.T.E.

>> Tuesday, October 20, 2009



201009 (Selasa)

Tajuk entry hari ni adalah H.A.T.E.

Kengkawan jangan salah sangka k, bukan H.A.T.E.U yg dalam album Memoirs Of An Imperfect Angel (MOAIA) tapi H.A.T.E yg membawa maksud B.E.N.C.I.

Nak tau kenapa?

Ikuti kisah di bawah ni k kengkawanku yg dikasihi...

Pukul 11.00 am tadi Remy ke TTDI Jaya untuk ditemuduga atau bahasa omputehnyer interview oleh sebuah company printing dan Remy telah ditemuduga oleh Mrs Azra (owner). Temuduga tersebut berjalan dengan lancar selama 2 jam (lama sbb berborak & bercerita) dan pada masa yg sama Remy telah diambil bekerja di sana, Remy akan start kerja pada minggu depan.

Remy sebelum interview, neves semacam tp tetap cool...

Remy sebelum keluar dari kereta, pose dulu sebelum interview...


Selesai jer ditemuduga oleh Mrs Azra, Remy terus ke rumah untuk merehatkan badan sbb terlalu panas sangat cuaca tengahari tadi. Time tengah baring sambil dengar Memoirs Of An Imperfect Angel (MOAIA), tetiber terdengar satu panggilan telefon. Rupa-rupanya kawan Remy, Ayu ajak tengok Papadom.

Remy terus bersiap ala kadar jer sebab x jauh sgt nak g, kat Jusco Bukit Raja Klang jerk, huhuhu... Movie start pukul 5.30 pm, sementara menunggu kitorang g ke McDonalds untuk mengisi perut. Time dalam pawagam, Remy & Ayu x henti-henti gelak sebab Papadom ni ada unsur-unsur melucukan. X sangka best gak cerita ni, x rugi ar tengok...

Pukul 8.30 pm kitorang balik ke rumah masing-masing. Time kat rumah ni hati Remy dah menjadi sepanas lemang yg dimasak kat bawah ni...


Nak tau kenapa?

Sebab ayah Remy ajak pergi MRSM Pahang, adik Remy graduasi (betul ker ni, huhuhu...) kat sana. Kalau hari lain x per, ni jatuh pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) bersamaan dengan hari Remy menonton This Is It bersama kengkawan kat Mid Valley.


Disebabkan keluarga harus diutamakan, Remy terpaksalah ikuti jejak Beyonce yg menunda aktiviti yg telah dirancang. Aktiviti menonton This Is It yg telah Remy rancang terpaksa Remy batalkan dan 8 tiket yg telah Remy beli akan Remy serahkan kepada kawan Bloggers Remy iaitu x lain dan x bukan Mista Pojie The Pooh.


Kepada yg berminat, sila hubungi Pojie di :

Bloggers :
www.pojiepooh.blogspot.com

Yahoo Massenger (YM) :
voxy_izuaf@yahoo.com


Remy memohon Ampun dan Maaf sebab x dapat join sama, harap kengkawan yg pergi nanti bergembira k. Remy ada minta bantuan / pertolongan Pojie untuk memberikan gift yg dah Remy siapkan selama ni kepada mereka yg pergi nanti, gift ni sangat bermakna buat Remy sekiranya kengkawan yg menerimanya nanti menyukainya (nantikan pada 31 Oktober 2009 k).

Disebabkan Remy terpaksa batalkan menonton This Is It bersama kengkawan Bloggers pada 31 Oktober 2009 (Sabtu), maka Remy gantikan menonton This Is It bersama kengkawan kolej pada 01 November 2009 (Ahad). Mudah-mudahan x der masalah lagi, huhuhu...

8 comments:

Chagall October 21, 2009 at 8:21 AM  

Selalu gak jadi cam gini. Tapi, it's okay, it's alright, nothing to worry about. ^_^

ZaCk AzRiN October 21, 2009 at 10:11 AM  

congrate sbb bjaya dpt kje...
kje leklok erk...
ermmm...family must b da first...
huhu

farish H October 21, 2009 at 11:45 AM  

alaa cian die xdpt tgok...

Remy.com October 21, 2009 at 2:21 PM  

nas,
apa nk wat, PA Mariah ni mmg sentiasa bz...

Remy.com October 21, 2009 at 2:22 PM  

zack azrin,
thanks, btol tu family b first...

Remy.com October 21, 2009 at 2:23 PM  

rizz,
x per, remy tgk ari ahad ngan kengkawan kolej, huhuhu...

||| PöJìé PööH ||| October 21, 2009 at 3:07 PM  

congrats dear dapat keje..
so semakin bz la Remy pas nih yer..
btw kemaen cantik lg pic POjie kamu tempek!
so saper jer yg akan Pojie jumpa nti??

Remy.com October 21, 2009 at 4:32 PM  

pojie,
thanks, mmg remy akn bertambah bz tambahan lg jadi PA MC...

Post a Comment