Persandingan Wan.com (2nd Day)

>> Monday, October 5, 2009



041009 (Ahad)

Persandingan kali ni adalah belah lelaki pula iaitu abang Remy (Wan.com). Untuk mengetahuinya, sila ikut turutan gambar-gambar yg telah Remy sediakan k...

Hehehe...

Majlis sepatutnya bermula pada pukul 12.00 pm, tapi disebabkan tetamu dah datang awal maka terpaksalah dimulakan pada pukul 11.30 am (diorang ni x tau baca ker jadual kat kad jemputan tu, huh...)

Remy dengan Qaseh memang x dapat dipisahkan sbb kami sama2 kiut, huhuhu...

Nenek Remy yg paling bizi masa ni sbb ramai yg nak jumpa dia, biasa ar org kuat...

Kak Ngah & Bang Ngah Remy (sweet couple), Kak Ngah ni cousin Remy (kiut x?)

Kepenatan melayan tetamu yg hadir, semua cuber nak curi tulang...

Semakin lama, semakin bizi dan semakin ramai bertanyakan "mana pengantin?"

Betapa kecohnya bila mak Remy dah jumpa saudara dari kampung, Melaka...


Sambil menjamu selera, para tetamu dihidangkan dengan beberapa buah lagu yg agak sumbang bunyinya yg dinyanyikan oleh mereka yg x reti maksud malu, huhuhu...

Dari kanak-kanak...

Budak sekolah...

Orang Tua...

Remaja...


Sambil menanti ketibaan Raja Sehari, sempatlah snap-snap walaupun pada masa ni agak bizi sikit...





Dan tepat pukul 2.40 pm, tibalah pasangan pengantin yg telah lama dinanti-nantikan para tetamu yg hadir pada masa tu...

Wan.com & Farah.com tiba lambat, make up lama sgt sampai cair Remy nunggu (huh...)

Para dayang-dayang yg tiba bersama pengantin membawa pulut kuning beserta ayam goreng sebagai istiadat melayu (nenek Remy yg cakap)

Pengantin yg baru duduk untuk menjamu selera, hehehe...

Apakah yg sedang Remy bualkan ngan abang Remy?

Remy akhirnya berjaya curi tulang dengan berpura-pura nak bagi buah tangan kat tetamu yg hadir, pandai x?


Pada pukul 4.45 pm, Remy disuruh ikut pasangan pengantin bergambar di salah sebuah taman kat Tasik Shah Alam.

Pasangan yg sangat sepadan, bagai pinang dibelah dua...


Sambil menunggu pasangan pengantin bergambar, Remy dan Azzy.com (cousin Remy) bergambar juga kat sana, mengalahkan pengantin (kitorang jer yg pose lebih time ni)...






Pada pukul 6.30 pm, kitorang pulang ke rumah untuk berehat dan mandi mandi bagi menyegarkan badan. Pada pukul 9.00 pm, acara membuka hadiah berlangsung...


Dan pada pukul 9.50 pm, acara yg terakhir iaitu acara memotong kek (sedap kek ni)

Post a Comment