Remy x Mandi...Mampu???

>> Sunday, November 8, 2009



Kenapa tajuk entry kali ni agak merepek yer, huhu... Apa kaitan x mandi dengan Remy, adakah Remy x mandi?. X mungkin Remy x mandi, Remy sentiasa menjaga kebersihan diri. Untuk mengetahuinya, bacalah entry yg Remy sediakan di bawah ni, huhu...

Selamat Membaca Kengkawanku...


Sabtu (071109)

Pada hari Sabtu (semalam), Remy melakukan aktiviti seperti biasa iaitu membantu ibunda tersayang di kedai dan jumpa customer di luar. Bila jam menunjukkan pukul 2.00 pm, handphone Remy berdering. Handphone Remy berdering bukan disebabkan customer yg call tapi Eazy (kawan Bloggers) call ajak Remy lunch sama kat McDonalds Seksyen 3 Shah Alam. Disebabkan Remy akan jumpa customer pada pukul 3.30 pm, tanpa fikir panjang Remy bersetuju dan bertemulah kami berdua di McDonalds tersebut, huhu...


Remy @ kedai mak sebelum menerima panggilan dari Eazy...

Eazy @ McDonalds yg sedang menjamu Spicy Chicken McDeluxe, huhu...


Dah lama gak Remy x berjumpa ngan Eazy ni, last jumpa masa celebrate Birthday Cik Anis @ Taman Tasik Shah Alam. Sebenarnya Eazy baru habis jawab MUET @ Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yg berlokasi di Seksyen 2 Shah Alam atau nama pendeknya SMK SSAAS yg merupakan tempat Remy menuntut ilmu masa zaman sekolah dulu, huhu...

Puas makan dan berborak, Remy & Eazy pulang ke tempat masing-masing. Tapi sebelum berpisah, seperti biasa snap picture untuk dijadikan bahan bukti dan kenangan.

Remy & Eazy selepas kekenyangan, x jadi nak berdiet...


Habis jer jumpa customer, dalam pukul 6.00 pm Remy dapat panggilan dari Hairani pula (kawan kolej). Hairani ajak Remy temankan shopping kat Berjaya Times Square (BTS) yg berlokasi di Kuala Lumpur, huhu...

Sampai jer sana, perkara pertama yg dilakukan adalah bershopping. Salah satu sebab kenapa Remy x suka teman kawan shopping kat Times Square adalah disebabkan kawasan yg terlalu besar dan kawan pompuan semuanya cerewet sampaikan kaki Remy terasa sakit, huaaaaa...

Selesai jer membeli belah aka shopping, Remy & Hairani ke The Chicken Rice Shop untuk mengisi perut aka makan malam aka dinner.

Remy yg sewel...

Hairani yg puas bershopping, huh...

Remy yg pura-pura bosan padahal baru order...

Remy yg pura-pura terkejut sbb ada sate...

Sampai jer hidangan, terus ngammmmm...


Selesai jer makan, Remy & Hairani pulang ke rumah masing-masing (Remy hantar Hairani ke rumah). Disebabkan terlalu penat dan x larat, Remy terus tidur kat ruang tamu rumah...



Ahad (081109)

Keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, Remy telah dibangunkan oleh mak Remy. Mak Remy ajak teman pergi ke Pasar Seksyen 6 Shah Alam untuk membeli bahan untuk menyediakan makan tengahari. Disebabkan Remy x larat, Remy terus masuk kereta dan ikut mak ke pasar padahal belum mandi.

Remy dengan baju semalam, errrkkk...

Remy & adik (Zana dan Idan)


X per kalau x mandi masa nak gi pasar, tapi kalau x mandi sampai malam?. X tau Remy nak cakap apa sebab x sangka yg Remy akan wat benda camni. Antara sebab Remy x mandi sampai malam adalah :


Pergi Ke Pasar
- Dari 8.00 am hingga 10.15 am

Hantar adik g kolej (Mid Term Exam)

- Dari 10.30 am hingga 11.10 am

Tertidur
- Dari 12.00 pm hingga 1.45 pm

Mengemas Rumah
- Dari 2.00 pm hingga 5.30 pm

Ke Giant (Beli brg dapur)
- Dari 6.10 pm hingga 8.30 pm

Ambil nenek @ KL
- Dari 9.10 pm hingga 11.25 pm


Remy & Zana (adik) time g Giant Seksyen 18 Shah Alam

Remy & My Lovely Mom time g Giant untuk beli barang dapur...


Sampai jer rumah, Remy terus mandi. Segar sangat rasa masa mandi sebab dah dua hari x mandi. Kengkawan jangan salah sangka k, walaupun Remy x mandi tapi bau Remy seperti biasa.

12 comments:

aMir RaYYaN November 9, 2009 at 7:56 AM  

remy terlupa pasal zoo n burger king...huhuhuuh...enjoy...take care....:)

syaf November 9, 2009 at 10:16 AM  

standar r tuh...

wey kaw tau x...baru puas aku tengok pic kaw,,,
jumep kaw kemain senyap agi...
dlm pic kemain happy agik...
heheh

atty's November 9, 2009 at 10:58 AM  

lama tak jenguk blog remy..
remy mcm dah len lak .fesyen rambut..pun len ..

||| PöJìé PööH ||| November 10, 2009 at 9:10 PM  

Remy busuk!!
Ei, lamanyer xjumpa Eazy!
Rindu kamu berdua!

Eazy Izzuddin November 12, 2009 at 8:10 PM  

hik3...
lepas kerinduan dpt jumpe remy
heheh
=P
xD

oh rindu kalian yg lain
xD

Remy.com November 13, 2009 at 1:27 AM  

amir rayyan,
remy x sengaja, amir pon x call remy...

huhu, lariiikkkk...

Remy.com November 13, 2009 at 1:28 AM  

rizz,
tu la sal, ni pon tetiber eazy call remy, terkejut gax...

Remy.com November 13, 2009 at 1:28 AM  

syaf,
masa jumpa tu remy tunjuk adab2 org kmpung, diam....

Remy.com November 13, 2009 at 1:29 AM  

kak atty,
x der lain lah, remy still remy...

cuma rmbut jer lurus, huhuhu...

Remy.com November 13, 2009 at 1:29 AM  

pojie,
busuk sekli sekler...

jom samer2 busuk...

Remy.com November 13, 2009 at 1:30 AM  

eazy,
miss u, thanks ajak remy mkn...

nyummmyyy...

Post a Comment