Ke Majlis Perkahwinan

>> Sunday, December 6, 2009



061209 (Ahad)

Harini Remy sepatutnya ke Stadium Bukit Jalil bersama Anuar, Ajim, Nemo & Rizz untuk bersama-sama menghebohkan Jom Heboh di sana. Disebabkan Remy ada sedikit masalah, terpaksa Remy batalkan dan harini di rumah lah adanya Remy, huhuhu...

Disebabkan tiada aktiviti pada hari Ahad ni, Remy cuba merehatkan badan yg kepenatan bekerja selama 6 hari dalam seminggu.

Tiba-tiba...

Mak Remy kejutkan Remy dari tidur pada pukul 11.00 am (tengah mamai dan cuba berfikir kenapa mak Remy kejutkan awal sangat padahal hari Ahad). Rupa-rupanya mak Remy ajak ke rumah Pak Cik Saadon (pekerja mak) yg berlokasi di Seksyen 17 Shah Alam.

Kenapa ke sana?

Kitorang ke sana sebab dijemput untuk menyaksikan majlis perkahwinan anak Pak Cik Saadon (x ingat lak nama anaknya), Pak Cik Saadon ni dah macam keluarga bagi kitorang semua sebab dia dah berkhidmat sejak mak Remy sekolah lagi.

Kitorang ke sana menggunakan 2 buah kereta (Remy follow cousin Remy iaitu Nadiah.com) & Mama (mak Nadiah). Sampai jer kat sana, jumpa saudara lain iaitu Marlina & Husband serta anaknya Qaseh (si Nadiah suka wat Qaseh menangis).

Dan disebabkan berada di majlis perkahwinan, mestilah menjamu selera, sedap sangat lauk kat sana tapi acar buah kesukaan Remy terlalu pedas (tertumpah cili api ker apa?).

Selesai jer makan, kitorang berborak sesama saudara yg lain sebab jarang jumpa dan melakukan aktiviti yg telah lama Remy x wat iaitu Snappy...

Remy & Nadiah @ Red Carpet Grammy Awards

Keseriusan mak Remy & mama (apa yg tgh diorang tgk erk?)

Eh, tetiber ketawa lak... Ada Apa Dengan Keadaan erk, huhuhu...

Ketibaan pasangan Puteri & Raja Sehari (sehari jer tau, esk jadi rakyat biasa balik k)

Senyuman dari pengantin perempuan ke Remy (dah jadi isteri org, x leh nakal cam dulu k, huhuhu...)

Remy yg kepedasan & kepanasan

Menuju ke kereta untuk balik ke rumah...


Lihatlah betapa berpeluhnya Remy disebabkan kepanasan yg melanda, huhuhu... Tapi best gak sebab dah lama x keluar reramai macam arini, macam raya lah pulak...

6 comments:

syaf December 7, 2009 at 1:27 AM  

slamapt pengantin baru kepade mereke

aku tdi g gak bukit jalil..ingat nk join depa tp depa gerak plak p times squre..atoyai

Remy.com December 7, 2009 at 2:30 AM  

syaf,
huhu, kepada mereka (sbb remy pon x tau nmer pengantin, huhu...)

Hezesuze December 7, 2009 at 3:26 PM  

haha rindu ler same kamu....

Remy.com December 7, 2009 at 7:30 PM  

rizz,
pengantin itu memang sangat cantik, x begitu kengkawan?

huhu...

Remy.com December 7, 2009 at 7:30 PM  

kak heze,
yerker rindu?

x der contact pon, huhu larikkkkk...

rindu sama kamu juga kak heze yg gonjeng, huhuhu...

Post a Comment