Remy ke UpTown Shah Alam

>> Tuesday, December 29, 2009



291209 (Selasa)

Dah lama gak entry ni Remy draft kat Blogger ni, baru hari ni Remy perasan yg entry ni belum Remy publish untuk tatapan umum. Remy minta maaf sesangat sebab Remy berlaku cuai, huhuhu...

Entry ni berkisahkan perkara yang telah Remy lakukan pada 231209 bersamaan pada hari Rabu yang lepas.

231209 (Rabu)

Pada hari ni Remy seperti biasa melakukan aktiviti yg biasa Remy lakukan seperti hari hari yg lain, balik ke rumah pada pukul 9.00 pm dan mengambil kesempatan yg ada untuk merasa sebakul buah limau aka oren yang telah dibeli ibunda tersayang (ada yg manis dan ada yg masam dan ada yg tawar, ni lah masalah yg dihadapi kalau beli banyak). Tengah Remy mengunyah dan menelan buah limau, tetiber Remy terdengar sebuah lagu yg bertajuk Up Out My Face nyanyian Mariah Carey.

Rupa-rupanya bunyi ringtone E71 kesayangan Remy, sambil dalam fikiran Remy "siapalah call malam-malam ni, ishhhh...".

Setelah melihat skrin E71 kesayangan Remy yg berukuran 2.36", baru Remy tahu rupa-rupanya saudara Remy yg call iaitu Nadia. Remy x angkat panggilan yg dibuat Nadia sebanyak 5 kali pada masa tu sebab risau E71 kesayangan Remy kotor akibat terkena cecair daripada buah limau yg berada di jari jemari Remy yg halus mulus ni.

Remy mula angkat panggilan yg ke 6 dari Nadiah dan rupa-rupanya nak ajak Remy temankan Nadia keluar jalan-jalan. Lokasi yg Remy pilih adalah UpTown Shah Alam yg berlokasi di section 24 Shah Alam sebab teringin nak makan Nasi Kukus Ayam Berempah kesukaan Remy dan tanpa sebarang bantahan Nadiah pun bersetuju.

Setelah menjamu selera yg bermenu Nasi Kukus Ayam Berempah, Remy dan Nadiah mula melakukan aktiviti seperti diatas iaitu merendam kaki di dalam kolam yg berisi ikan (yg macam Fish Spa kat Pavilion tu, huhuhu...).

Setelah 30 minit merendamkan kaki dan memberi ikan makan (makan kulit mati), Remy menemani Nadiah mengurut tangan (katanya tangan kengkadang lenguh). Sambil menunggu, Remy menghirup udara yg segar di UpTown Shah Alam (segar ker...?).

Setelah 30 minit mengurut, tangan Nadiah semakin ok dan kami berdua berjalan mengelilingi UpTown Shah Alam tersebut. Disebabkan dah agak malam dan subuh akan menjelang x lama lagi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

p/s : harap maaf sebab x der pic Remy, semakin hari semakin hodoh pulak...

4 comments:

syaf December 30, 2009 at 2:06 AM  

wah bagi ikan makan kulit mati....
aku slalu buat kat kolam umah aku...sebab aku ade bele ikan guppy...banyk gak r die beranak pinak...kalu aku balik kg aku rendam kaki aku dlm 2 jerk..senang jimat kos...heheheh


anyway bile nk melepak skali ni..lame dah aku x jumpe ko..si zul pown dah duk ngan aku...bley sgt r tu nk melepak kan

Remy.com December 30, 2009 at 11:47 AM  

syaf, mati ikan gapi tu kang...

nk lepak blh jer, kontek lah remy...

huhu...

AniS GalaXy December 30, 2009 at 12:17 PM  

uiks....
kaki tu cantik gi bg ikan mkn apsal..hehe

nape ckp diri sendiri buwuk. kacak n cantik jer. jeles kak wos...

Remy.com December 30, 2009 at 8:53 PM  

kak rose,
huhu, kaki secantik ni mmg kna bg ikan mkn, klo ada pirana lg best kn, huhuhu...

Post a Comment