Lunch Sampai Petang...

>> Wednesday, January 6, 2010



060110 (Rabu)

Tengahari Rabu yg indah ni sepatutnya Remy lunch @ Sunway Pyramid dengan seseorang, tapi disebabkan aktiviti tersebut dibatalkan pada saat saat akhir maka Remy akur dan redha sahaja sebab semua ni adalah cubaan dari Yang Maha Esa.

Pukul 2.25 pm Remy ke kedai mak yg terletak di Seksyen 3 Shah Alam, sampai jer di sana Remy bertemu dengan saudara Remy yg bernama Marziah aka Azzy. Disebabkan kami berdua belum lunch pada masa itu, maka Remy & Azzy membuat keputusan untuk lunch di luar. Lokasi yg dipilih kami berdua adalah di :

KFC @ Kompleks PKNS Shah Alam


Lunch Remy pada hari Rabu yg indah ni ditaja oleh Azzy, thanks Azzy sebab sudi belanja Remy (kenyang sesangat, x jadi nak diet).

Selesai jer lunch, Remy & Azzy shoppink di SACC Mall Shah Alam. Bukannya shoppink pakaian, kasut dan segalanya tapi shoppink peralatan tulis dan note book yg berlokasi di MPH Book Store. Yer lah, persekolahan bagi remaja-remaja comel seperti kami berdua ni akan bermula x lama lagi maka kena lah bersedia awal.

Habis jer shoppink, Remy temankan Azzy ke CIMB Bank yg berlokasi di Seksyen 18 Shah Alam untuk mengeluarkan duit (katanya utk bayar sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil P1 Wimax, bil Streamyx, bil Celcom, bil Maxis, bil Hotlink, bil Digi, bil U Mobile, bil Telekom, beli makanan kucing, arnab, rusa, kuda, ular sawa, merpati, semut api dan sebagainya, huhu...)

Azzy @ CIMB Bank sec 18 Shah Alam

Sambil menunggu, Remy bergambar untuk melihat kehodohan yg bertambah hari ni...


Setelah Azzy mengeluarkan duit, kami berdua ke Maybank Seksyen 18 Shah Alam (belakang jerk, huhu...) untuk berjumpa dengan Kak Long (kakak kepada Azzy) dan setelah segala urusan selesai, maka kami berdua ke Ralina Laundry @ Seksyen 17 Shah Alam (kedai family Azzy). Di sana, Remy dapat berjumpa dengan 2 baby yg sangat comel iaitu Mohd (anak Kak Long) & Qaseh (anak Kak Ngah).

Remy & Qaseh, comelnyer Qaseh...

Remy & Qaseh (Qaseh tiru uncle Remy senyum erk...)

Mohd, Remy & Qaseh (naper Mohd masam jer muka?)


Disebabkan Remy x der aper nak buat petang tadi, maka Remy & Azzy ditugaskan oleh Pak Long (En Rahim aka ayah Azzy) untuk membeli barangan harian di :


Yup betul tu, Giffarine yg berlokasi @ Seksyen 7 Shah Alam. Barangan yg dibeli Azzy adalah barang mandian seperti Sabun, Syampoo dan sebagainya. Dan memandangkan jam dah menunjukkan pukul 6.30 pm, maka Remy pulang ke rumah setelah menghantar Azzy balik ke pangkuan keluarga tersayang.

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

4 comments:

farish H January 7, 2010 at 9:33 AM  

haha cutenyaa baby tuhh

Eazy Izzuddin January 7, 2010 at 11:16 AM  

da baby cHomel!
=D
1 hari nnti kite lepak n round2 shah alam
hehe
xD

Remy.com January 7, 2010 at 1:12 PM  

rizz,

baby tu jer ker cute?
hurmmm...

Remy.com January 7, 2010 at 1:13 PM  

eazy,

okey, da lmer x kuar ngan eazy aka mudah kn?

Post a Comment