Reunion MAZ, reunion kah?

>> Saturday, January 2, 2010



020110 (Sabtu)

Hari Sabtu, baru 2 hari kita semua memasuki tahun 2010. Mesti ramai yg mengambil kesempatan membuat perjumpaan untuk berjumpa dengan kengkawan yg lama x berjumpa termasuklah Remy. Bagi Remy, 020110 merupakan hari yg paling mengelirukan dan memeningkan sebab terpaksa memilih antara dua pertemuan, antaranya :

1. Pertemuan kengkawan Bloggers @ Tasik Permaisuri (5.00 pm)

2. Reunion bekas pelajar MAZ @ Sunway Pyramid (3.00 pm)

Setelah seminggu Remy mengusutkan diri memilih satu antara dua pertemuan tersebut, akhirnya Remy membuat keputusan untuk pergi kedua-duanya sekali (Remy nak semua happy). Kak Heze dah bersetuju untuk mengambil Remy @ Sunway Pyramid pada pukul 4.30 pm untuk ke Tasik Permaisuri tapi akhirnya segalanya musnah pada 020110 (Sabtu) sebab terdapat satu masalah (Remy terpaksa memilih ke Sunway Pyramid).

Remy minta maaf sesangat kepada semua kengkawan yg menghadirkan diri ke perjumpaan Bloggers @ Tasik Permaisuri terutama Anis sebab x menghadirkan diri dan x memberitahu, Remy hanya sempat beritahu Kak Heze sebab kehabisan kredit.

Pic pertama Remy bagi tahun 2010, maafkan Remy...


Disebabkan Remy ke Reunion MAZ, maka Remy minta bantuan Nadiah (my cousin) untuk tumpang sama memandangkan kami berdua menuju ke lokasi yg sama dan acara yg sama.

Remy & Nadiah dalam perjalanan...


Memandangkan hari Sabtu, maka jalan raya semestinya jam terutama di Sunway Pyramid (parking semuanya penuh). Masa yg diambil untuk mencari parking @ Sunway Pyramid pada hari tersebut adalah 45 minit, sangat menyakitkan hati. Dalam keadaan tension tersebut, berlaku satu kejadian yg x diingini oleh kami berdua iaitu berlaku satu hentaman yg kuat antara dotdotdot dan dotdotdot (biarlah kami berdua jer yg tau).

Muka happy tapi dalam hati hanya Allah yg tahu...


Pertemuan tersebut dijadualkan pada pukul 3.00 pm tapi disebabkan ada masalah parking maka kami berdua tiba pada pukul 3.40 pm. Tiba jer @ Ayam Penyet Ria (lokasi reunion tersebut), perasaan kecewa sebab x dapat ke Tasik Titiwangsa yg belum hilang lagi bertambah lagi sebab reunion tersebut menghampakan bagi Remy, x semeriah reunion pertama @ Kenny Rogers, Mid Valley tahun 2009.

Remy & kengkawan MAZ

Ayam Penyet kesukaan Remy


Antara sebab-sebab Remy kata reunion MAZ menghampakan adalah :

- Pilihan tempat duduk yg sangat jauh (1 group depan & 1 group belakang)
- Ramai yg x menghadirkan diri (ada yg lambat)
- Bukan macam Reunion, i hate it...


Dalam masa yg sama Remy mengunyah ayam penyet, hati Remy sangat kecewa dan menyesal tapi riak wajah haruslah tetap ceria sebab saya adalah Remy...

Selesai jer makan, Remy & Nadiah terus meminta kebenaran untuk mengundurkan diri dari reunion MAZ tersebut. Bagi menceriakan hati yg kecewa, kami berdua membuat keputusan untuk menonton wayang tapi sebelum tu Remy perlulah mengambil gambar bersaiz passport (tujuannya di entry akan datang).




Remy & Nadiah memilih Zombieland untuk bergelak ketawa di dalam panggung wayang sepuas-puasnya. Zombieland tersebut bermula pada pukul 6.30 pm.


Zombieland ni sangat kelakar, Remy bagi 4 bintang untuk Zombieland. Selesai jer menonton wayang, kami berdua pulang ke rumah masing-masing dan sesampai di rumah Remy jenguk-jenguk FarmVille @ Facebook dan terus tidur...

6 comments:

farish H January 4, 2010 at 11:03 PM  

wahh shedappnya nasi aym penyet! hehehhe

Remy.com January 5, 2010 at 10:39 AM  

rizz,
mmg sedap, next time kita mkn situ k...

Hezesuze January 5, 2010 at 3:49 PM  

nasi ayam penyet sudah ada kt sunway ke?? wah haruss terjah ni...

rugi remy xdtg tasik ritu....hehehe

Remy.com January 6, 2010 at 7:12 AM  

kak heze,
dah ada tau kat Sunway Pyramid...

mmg rugi Remy x g aritu, sgt menyesal dan sgt sedeh...

||| PöJìé PööH ||| January 6, 2010 at 5:50 PM  

2la. ajak join xmau kannn!
sedih tau Remy xde xmeriah rasanyer!

Remy.com January 6, 2010 at 9:11 PM  

pojie,
hurm, sedehnyer dgr pojie ckp camtuh...serba salah remy dibuatnyer...

Post a Comment