Sesudah Kelas...

>> Wednesday, January 20, 2010



20 January 2010 (Rabu)

Harini Remy menghadiri kelas pada pukul 10.00 am hingga 12.00 pm. Habis jer kelas, Remy ke Admin untuk mengambil Student ID (sangat lah x lawa pic kat Student ID tu, menci...).

Remy dengan Student ID baru, leh tgk wayang pasni, huhuhu...


Disebabkan kelas habis dalam tengahari dan tengahari adalah masa untuk lunch, maka Remy dan Ayu ke Anis Sup Utara yg berlokasi di dalam The Store Alam Sentral untuk lunch.

Remy bersama hidangan untuk makan tengahari di Anis Sup Utara...


Dan menu yg Remy pilih untuk dijadikan santapan tengahari Remy adalah seperti yg ada di bawah ni...

Jus Kedondong, sangat sedap jus ni...

Nasi putih bersama timun yg ditimpa sambal belacan dan telur masin...

Sup Gear Box (menu utama)


Sangat kenyang k makan kat Anis Sup Utara ni, apatah lagi kalau order Sup Gear Box. Harga Sup Gear Box Anis Sup Utara ni x lah mahal sangat, harganya dari RM 15.00 hingga RM 45.00 mengikut saiz dan citarasa (dah macam JJCM lak). Rasa macam dah x boleh nak berdiri lepas makan.

Habis jer makan, Remy dapat panggilan dari abang yg kerja @ Secret Recipe SACC Mall. Huhu, abang tu bukan call sebab nak minta email Remy tapi nak bagi tahu Remy cake yg Remy order seminggu yg lepas dah siap.

Cake berbentuk peti harta karun, smart kan?

Cantiknya, sangat detail diorang wat...


Remy order cake ni sebenarnya untuk adik Remy iaitu Mohd Rusydi @ Syidee yg berjaya masuk ke UTP (Universiti Teknologi Petronas) berlokasi di Perak yg biasiswanya ditanggung sepenuhnya oleh Petronas (sangat jeles Remy dengan dia). Remy dapat tahu yg dia dapat masuk dan harus ke sana untuk pendaftaran selepas Remy order cake ni iaitu sehari sebelum dia bertolak. Disebabkan terpaksa menunggu selama 5 hari untuk mendapatkan cake ni, maka Remy terpaksa membeli cake lain untuk diberikan kepada Mohd Rusydi sebagai pemberi semangat, cewwah...

Disebabkan x ader tuan, maka cake ni milik Remy sepenuhnya, hahahaha...

Remy yg semakin hari semakin gemuk... Dah x kisah ttg bentuk badan, yg penting happy (macam MC)


Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

4 comments:

Hezesuze January 22, 2010 at 10:52 AM  

wow! kuatnye makan...hahaha
wow! cantiknye kek tu...sedap tak?? bape hinggit tu?? nk gak tempah ni...huhu

Remy.com January 23, 2010 at 11:51 PM  

kak heze,

remy da x kisah pasal badan, mkn jer selagi mampu hahaha...

kek tu mmg cantik kn, bentuk peti harta karun lagi tuh...

harga kek tu ikut pada bentuk, mcm remy nyer ni RM 176.00...

ada bentuk lady bird cantik sgt, RM 98 jerk...

farish H January 26, 2010 at 10:14 AM  

sup tulang huuu cedapppp

Remy.com January 31, 2010 at 10:57 PM  

rizz,

tu sup gear box ar, nyummy...

Post a Comment