Penatnyer...

>> Sunday, February 21, 2010



210210 (Ahad)

Sebelum memulakan entry ni, Remy ada upload satu gambar yg paling Remy suka untuk tatapan kengkawan semua. Remy suka gambar ni sebab terserlah kecomelan, kehenseman dan kemachoan Remy ni, huhuhu...

Jangan jeles, Remy tau yg Remy ni memang DOTCOM


Ok, jangan tengok gambar atas tu lama - lama sangat sebab nanti ada pula yg jatuh hati kat Remy ni. Sekarang Remy nak menerangkan kepada kengkawan semua kenapa perkataan "Penatnyer..." menjadi pilihan Remy sebagai tajuk entry kali ini. Untuk mengetahuinya, ikutilah cerita di bawah ni...


200210 (Sabtu)

Pada 20 February 2010 bersamaan hari Sabtu, Remy tiba di KL Sentral pada pukul 10.15 am. Tujuan Remy ke KL Sentral adalah untuk berjumpa dengan Nemo sebab Remy & Nemo telah lama merancang untuk ke Muzium Negara (Nemo yg ajak sebab belum pernah masuk Muzium Negara, huhu...). Dalam perancangan yg telah dilakukan, sepatutnya Remy & Nemo bertemu di KL Sentral pada pukul 11.00 am tapi x tau kenapa Remy boleh sampai pada pukul 10.15 am (x pernah Remy datang awal, biasanya lambat).

Pukul 11.06 am, Nemo tiba di KL Sentral. Sebelum ke Muzium Negara, mestilah mengisi perut dulu dan Subway menjadi pilihan kami berdua.

Remy yg comel...

Nemo yg perasan comel, huhuhu...

Terkejut sebab paparazzi tetiba muncul...


Selesai jer mengisi Spicy Italian ke dalam perut masing - masing, kami berdua terus menuju ke Muzium Negara KL. Ada satu peristiwa yg menyakitkan hati masa Remy naik teksi di KL Sentral, boleh pulak pak cik teksi tu x tau mana letaknya Muzium Negara padahal ada kat depan KL Sentral jer.

Ok, sambung cerita k...

Sampai jer kat Muzium Negara, semestinya perkara pertama yg dilakukan kami berdua adalah bergambar. Remy jer yg banyak bergambar, Nemo x suka sangat bergambar sebab x lawa katanya (Nemo, jangan fikir macam tu k, x baik...).

Muzium Negara...

Muzium Negara, cantik sangat...

X dapat Remy nak senyum, panas sangat...

Di pintu masuk...

Remy and korean girl Nemo, huhuhu...

Betapa seriusnya Remy, ni candid dari Nemo...

Nemo, peace no war...

Remy teringat Video Touch My Body masa kat tangga ni...

Terlalu banyak sangat maklumat yg diberi, jenuh membaca (pura2 jer).

Hantu comel berkaki satu di pintu gerbang A Famosa

Bebas dari jajahan, huhuhu...

Melakukan serangan ke atas Penang, booooommmm...

Transport harian Remy ke ladang getah, huhuhu...

Membantu pak cik Samat memetik buah kelapa menggunakan tali...

Serius sangat Nemo ni, seram Remy tengok...

Selesai jer, masa untuk pose di tangga...


Setelah menghabiskan masa beberapa jam di dalam Muzium Negara, kami berdua terus ke Pavilion yg terletak di Bukit Bintang KL untuk menonton wayang. Cerita yg menjadi pilihan kami berdua adalah Percy Jackson and the Lightning Thief.


Disebabkan cerita tersebut bermula pada pukul 4.00 pm dan kami berdua mempunyai masa yg lebih, maka kami penuhkan masa tersebut dengan jalan - jalan sambil bershopping. X banyak sangat yg Remy beli, hanya membeli benda yg penting sahaja, huhu...

From NOIR, rahsia yg hanya diketahui Remy & Nemo...


Penat berjalan, kami berdua memilih Baskin Robin sebagai lokasi untuk membasahkan tekak. Ada satu peristiwa yg berlaku masa kami berdua di Baskin Robin iaitu Remy ternampak Dato Siti Nurhaliza dan keluarga berjalan betul - betul kat luar Baskin Robin. CT dan keluarga time tu baru lepas tengok cerita yg sama yg akan Remy tonton, kalau lah Mariah Carey mesti Remy dah kejar sebab dekat sangat tapi CT, hurmmm...

Nemo time ni suka sangat sbb dapat makan ice cream, huhu...

Remy yg comel sedang menjamu ice cream, yg paling sedap pisang...


Tepat jer pukul 4.00 pm, kami berdua membeli minuman dan terus masuk ke panggung untuk menonton Percy Jackson and the Lightning Thief. Best sangat cerita ni dan Remy bagi 4 bintang sebab cerita ni berjaya menarik minat Remy.

Percy Jackson and the Lightning Thief

Posternyer yg best...

Hero yg comel, Nemo kata dia gelak macam Remy...

Percy aka Remy, huhu...

Annabeth

Grover

Poseidon, ayah kepada Percy Jackson

Athena, ibu kepada Annabeth

Medusa

Hades

Chiron


Selesai jer, kami berdua terus ke Monorail Bukit Bintang dan berpisah di sana kerana kedua - duanya harus pulang ke rumah... Remy sampai rumah pada pukul 9.00 pm dan perkara pertama yg dilakukan adalah online Facebook. Tepat jer pukul 11.46 pm, Remy baru nak mandi tapi terbantut sebab dapat message daripada seseorang...


210210 (Ahad)

Pada pukul 11.46 pm (Sabtu) Remy dapat message dari Zoul. Dalam message tu Zoul mengajak Remy ke UpTown Shah Alam yg terletak di seksyen 24 Shah Alam. Tanpa mandi, Remy terus kesana dan kami berempat (Remy, Zoul, Syaf dan Abang Wan) bertemu di UpTown Shah Alam.

Zoul & Syaf sedang memilih Crocs

Zoul & Syaf sedang memilih cermin mata...


Penat berjalan, kami berempat singgah di satu gerai untuk membasahkan tekak sambil bergelak ketawa, mendengar cerita dan scanning. Setelah hampir sejam berada di UpTown Shah Alam, akhirnya Remy berpisah dengan mereka bertiga. Remy tidak terus ke rumah tapi ke seksyen 8 Shah Alam untuk berjumpa kawan yg ajak Remy lepak hinggalah pukul 6.00 am. X sempat Remy nak letak kepala atas bantal, tiba - tiba mak Remy suruh bersiap untuk ambil abang Remy iaitu Ryza di KLIA sebab mak Remy ada hal lain yg perlu diuruskan. Tanpa membantah, Remy terus bersiap dan pada pukul 7.00 am abang Remy iaitu Wan datang untuk mengambil Remy. Dalam kereta, Remy hanya tidur sebab x dapat tidur lagi dari tadi.

Penatnyer...


Sampai KLIA pada pukul 7.25 am dan Ryza dijangka tiba dari Melbourne ke KLIA pada pukul 8.41 am maka masa yg lebih Remy manfaatkan untuk tidur. Disebabkan penerbangan dari Melbourne tertangguh selama sejam maka Ryza tiba di KLIA pada pukul 9.41 am.

Lega sebab dapat balik rumah dan tidur sepuasnya tapi kena buli dengan Ryza (kena angkat beg)


Sampai rumah pada pukul 10.45 am dan berborak - borak dengan family sampailah pukul 11.20 am. Disebabkan tersangatlah mengantuk, maka Remy tidur pada hari Ahad ni dari pukul 11.30 am sampai 7.50 pm. Bangun jer dari tidur terus tengok Nokia E71 Remy, ada 15 missed call, 2 video call dan 11 message.

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

9 comments:

Afzainizam February 22, 2010 at 3:19 AM  

Salam Takzim dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Kami sedang melayari entri kamu.... kira kunjungan tanpa diundang
Antara Aku, Kau, Kita & kami
Salam lawatan buat mu dari ku
Bagiku…
Kau selalu jadi sahabatku
Selalu dalam hidupku
Karena kau adalah sahabat
Yang memiliki erti
Dari dulu sampai sekarang
Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..

salam satu perkenalan .....

fuuuhhhhyooooh panjangnya punya ceriter satu hari dah boleh buat novel lah... pasti laris.... bestnya hidup ko ni

AZIZUL HASIMIE OSMAN February 22, 2010 at 8:58 AM  

fuyoo..sgt bz yer dgn xtvt jimbaan..bila masa ko ambik gmbr aku ni?curi2 kan..uhhh

Remy.com February 22, 2010 at 10:03 AM  

afzainizam,

amboi, panjangnyer pembuka bicara...

huhu...

remy mmg nk wat novel pun, bertajuk KEMBALI...

cewwah...

Remy.com February 22, 2010 at 10:04 AM  

zoul,

ofcoz ar bz, remy kn PA Mariah...

huhu, gambar tu semestinyer curi curi remy ambil, huhu...

Hezesuze February 22, 2010 at 10:42 AM  

mencik!
pegi berjimba2 xajak pong
huh!

Blog Anuar Kamaruddin™ February 22, 2010 at 11:06 AM  

ya ampon, eskrem korang meriah! haha =D

Remy.com February 22, 2010 at 9:59 PM  

kak heze,

bkn x nk ajak tp kitorang ngedate berdua ni huhuhu...

weks lariiiikkk...

Remy.com February 22, 2010 at 10:00 PM  

nuar,

wah, suka sgt nuar comment entry remy...

ofcoz ar ekstrem, remy n nemo lah kater kan huhuhu...

Post a Comment