7 Hours @ PWTC...

>> Saturday, March 13, 2010



120310 (Jumaat)

Hari ni Remy ada perancangan untuk ke MATTA FAIR 2010 yg berlokasi di PWTC Kuala Lumpur bersama Kak Heze Suze dan Azzy (my cousin). Waktu yg ditetapkan pada pukul 10.00 am tapi terpaksa ditunda pada pukul 11.30 am sebab Remy bangun lambat (sangat DIVA kan). Dalam satu setengah jam tu terpaksalah Kak Heze tunggu depan rumah Remy, cian Kak Heze (sorry sesangat sebab ngantuk...).

Selesai jer Remy bersiap, kitorang ke Seksyen 17 Shah Alam untuk mengambil Azzy dan terus ke KTM Shah Alam yg berlokasi di Seksyen 19 untuk ke MATTA FAIR 2010. Dalam perjalanan ke hentian Putra, ada satu insiden yg x membuat kami bertiga ketawa iaitu masa beberapa orang bangla masuk dalam tren. Lepas jer bangla tu masuk tren, terus berbau (macam - macam bau ader, nak termuntah Remy dibuatnya). Nasib baik jacket Remy berbau haruman Forever by Mariah Carey, so Remy tutuplah hidung dengan lengan jacket (thanks Mariah...).

Sampai jer di Putra, kami bertiga bukan terus ke PWTC tapi kami bertiga pergi ke McDonalds untuk mengisi perut dahulu aka lunch. Remy dan Azzy memilih Spicy Chicken McDeluxe manakala Kak Heze memilih Filet O Fish, sambil menjamu kami mengambil gambar sebagai kenangan di hari tua...

Remy dan Kak Heze...

Azzy, my lovely cousin...


Selesai jer memenuhkan perut dengan burger, kami bertiga ke PWTC untuk memulakan aktiviti utama pada hari ni iaitu mencari tempat percutian yg best tapi murah. Untuk mencari, kitorang perlu membuka mata sebesar yg mungkin sebab terlalu banyak pilihan yang ada.

Kak Heze yg serius berbincang...


Setelah beberapa jam kami di dalam PWTC, Remy bertemu dengan seorang kawan Remy yg berasal dari Indonesia iaitu David Rivaldo. David ni adalah kawan rapat Remy semasa Remy belajar di Pesantren Ma'had Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Setelah beberapa tahun berpisah, akhirnya kami dipertemukan semula di sini. David ke Malaysia sebagai Duta Sumatera Barat dari Indonesia dalam Minangkabau Food Festival di PWTC.

Remy dan David (makin tinggi si David ni)

Azzy dan David...


Dan sambil kitorang berjalan - jalan mencari destinasi percutian yg bersesuaian, kitorang sempat lagi bergambar dengan apa jer yg menarik perhatian kitorang.

Kak Heze dah macam budak - budak tadika, huhuhu...

Azzy, Kak Heze dan Remy...


Setelah puas mencari destinasi percutian yg bersesuaian, kami ke Minangkabau Food Festival. Di sana cuma 2 booth yg buka sebab hari pertama, esok lagi banyak akan dibuka dan lagi meriah lah...

Remy dan Kak Heze sebagai Duta Minangkabau...

Azzy pon nak jadi duta gak ker?

Kak Heze mencuba Daging Dendeng Batokok...

Azzy pun ingin mencuba Daging Dendeng Batokok...

Setelah mencuba, inilah hasilnya...

Rendang belut ni Remy sorang jer yg cuba, yg lain penakut...


Penat jer berjalan, kami bertiga merehatkan badan di McDonalds sambil membincangkan tentang beberapa perkara yg penting. Dan setelah memperolehi kata sepakat tentang pakej percutian yg sesuai, kami bertiga kembali ke PWTC untuk mengisi beberapa borang sebagai tanda setuju untuk mengambil pakej percutian tersebut.

Kak Heze mengisi data...

Sesuatu, akan diumumkan di entry akan datang...

Kak Heze bersama Red Indian yg gila...

Azzy bersama Red Indian...


Selesai jer di bahagian percutian, kami bertiga ke tingkat 4 iaitu Pameran Pengantin Malaysia 2010. Yg lawak masa nak naik tingkat 4, ada sepasang pengantin yg mengedarkan flyers cakap "eh, abg yg tadi kan?". Dia dapat cam muka Remy sebab rambut Remy yg terpacak tajam ni, huhu...

Di Pameran Pengantin, macam - macam pilihan ada untuk mereka yg hendak mendirikan rumah tangga dan peluang yg ada ni tidak dibiarkan begitu sahaja oleh Azzy sebab tahun ni Azzy akan bernikah dan mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta. Dan memandangkan AJ ada membuka satu booth disana iaitu booth yg bernombor 2, maka kitorang singgah di booth AJ untuk membincangkan serba sedikit.

AJ, Kak Heze, Remy dan Azzy...

Salah satu pelamin yg menarik perhatian semua pengunjung yg hadir...

Azzy...

Azzy dan Kak Heze...


Dan setelah 7 jam kami berada di PWTC, akhirnya masa untuk meninggalkan PWTC dengan perasaan yg terlalu happy dan berpuas hati.

Remy yg comel...

Azzy dan Remy yg comel...

Muka apabila tren delay 6 kali, huhuhu...

Kepenatan, propa sangat kn...


Memang penat satu hari di tempat yg sama tapi berbaloi sesangat sebab dapat apa yg kita nak. So kepada sesiapa yg ada perancangan untuk bercuti, silalah ke MATTA FAIR 2010 di PWTC sebab semuanya murah dan yg semestinya mata anda akan sakit, huhuhu...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

4 comments:

Hezesuze March 13, 2010 at 1:06 PM  

yesss!! thanks to remy n azzy yg sudi temankan akak ke Matta Fair...

berbaloi2 kekdahnye kan...n puas hati sgt2...

hahahaha train delay 6 kali tu...huhu

p/s jgn lupa nxt matta fair kita terjah lagi....yihaaa

||| PöJìé PööH ||| March 13, 2010 at 8:12 PM  

rEMY dah lupakan POjie..
asyik kuor ngn Kak Heze n Nemo..
ngn Pojie never nk ajak jumpa!
sedih la!

Remy.com March 14, 2010 at 7:22 AM  

kak heze,

dah semestinyer next matta fair kita wajib terjah lg, best siottt...

huhuhu...

Remy.com March 14, 2010 at 7:23 AM  

pojie,

ni bkn remy yg ajak, tp kak heze yg ajak...

kalo remy keluar mesti ajak pojie, never forget you dahling...

Post a Comment