Akhirnya...

>> Wednesday, March 24, 2010



240310 (Rabu)

Akhirnya, akuarium kesayangan Remy ni akan bertukar milik pada 25 March 2010 bersamaan hari Khamis (esok). Akuarium ni menjadi antara milik kesayangan Remy kerana ianya pemberian dari seorang tauke kedai ikan dari Kuala Lumpur iaitu pada tahun 2004. Saiz akuarium ni adalah 5 kaki panjang x 2.5 kaki lebar kerana ditempah khas (ukuran biasa adalah 5 kaki panjang x 2 kaki lebar).

Remy terpaksa memberi kepada pemilik yang baru bukan sebab Remy x sayang akuarium ni tapi disebabkan Remy ni bukanlah pemelihara binatang yang bagus. Kebanyakan hidupan yang Remy pelihara di akuarium ni akan menemui ajal dan macam - macam perkara yang terjadi.

Sekadar Hiasan sajo...


Antara ikan yang pernah Remy pelihara dan menemui ajal akibat ketidakfahaman Remy dalam bidang pemeliharaan hidupan.

Ikan Kaloi
Jumlah - 5 ekor...
Mati akibat - Remy bunuh, sebab geram sangat...
Cara Bunuh - Bekukan dalam freeze, Bakar hidup - hidup...


Ikan Emas
Jumlah - 25 ekor...
Mati akibat - terlebih makan...


Arowana aka Kelisa
Jumlah - 1 ekor...
Mati akibat - Keracunan Air (lupa letak klorin)


Flower Horn
Jumlah - 3 ekor (diasingkan menggunakan kaca)
Mati Akibat - Remy gaduhkan (geram tengok bonjol kepala)


Angel Fish
Jumlah - 20 ekor...
Mati akibat - Kejutan Elektrik...


Kejutan Elektrik ni terjadi disebabkan Remy lupa keringkan pam yg telah terjatuh ke dalam air, sehari lepas Remy masukkan pam ikan mula terapung. Bila Remy pegang air, gggggrrrrrr....

Disebabkan dah banyak kali Remy bertukar ikan, akhirnya mak Remy haramkan Remy daripada membela ikan lagi. Disebabkan itu, akuarium kesayangan Remy ni terbiar selama 2 tahun. Mulai esok, akuarium ni akan ada pemilik yg baru (harap - harap x macam Remy). Untuk mengetahui siapa pemiliknya, nantikan di entry seterusnya pada keesokan hari...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

0 comments:

Post a Comment