Berjimba di Kedah Part 1

>> Monday, March 8, 2010



080310 (Isnin)

Setelah 4 hari Remy ke Kedah, baru hari ni Remy berkesempatan untuk mengupdate Blog kesayangan Remy ni. Pelbagai perkara yg perlu Remy selesaikan setelah Remy balik dari Kedah, biasa lah PA Mariah mestilah bz setelah bercuti selama 2 hari. Marilah sama - sama mengikuti "Berjimba di Kedah" yg mengandungi 8 Part kesemuanya...


Remy bukan bersendirian ke Kedah, tapi ditemani sahabat baik Remy iaitu Masreyana aka Mas. Kami berdua ke Klang Sentral pada pukul 9.30 am untuk menaiki bas yg menuju ke Alor Setar, Kedah. Terima kasih kepada Azroi (kekasih hati Mas) kerana sudi menghantar kami berdua ke Klang Sentral.

Bas Transnational menjadi pilihan kami berdua...


Perjalanan bermula pada pukul 10.10 am dan Transnational Bus menjadi pilihan kami berdua. Setelah 6 jam lebih kami berdua berada di dalam bas (sakit bontot sbb jauh perjalanan) akhirnya kami berdua selamat tiba di Terminal Shahab Perdana yg berlokasi di Alor Setar, Kedah. Setiba di Terminal Shahab Perdana, kami berdua dijemput oleh seseorang yg telah lama Remy kenali iaitu dari dunia MySpace lagi dan ianya adalah Cik Salwanie aka Wanie ditemani Hjh Siti Aminah Basiron aka Mama.

Invitation birthday card...


Remy terharu sangat sebab diberi layanan yg sangat baik dari Cik Wanie dan Mama, setibanya di Alor Setar terus kami berdua dibawa ke Cawan Cafe untuk minum petang dan Remy memilih Hot Chocolate sebagai minuman untuk membasahkan tekak. Sambil minum, kami berempat berborak dan melihat hasil invitation birthday card yg telah disiapkan.

Hot Chocolate...


Setelah selesai minum dan makan, Remy dan Mas menuju ke bilik masing - masing iaitu di JP Hotel yg terletak berdekatan dengan rumah Cik Wanie dan SNS Anggun. Di bilik hotel, Remy bersiap - siap kerana selepas Maghrib kami akan keluar bersama ke sesuatu tempat...

Bilik hotel di JP Hotel...


Setelah Maghrib, Cik Wanie dan Mama tiba di hadapan hotel untuk membawa Remy & Mas makan malam di Casa Classic iaitu sebuah restoran seafood yg sangat cantik seni binanya. Kami berempat menjamu pelbagai jenis hidangan yg enak - enak belaka dan berhadapan dengan kolam yg berisi berpuluh ekor ikan keli yg besar - besar belaka.

Remy dengan gaya rambut iban, huhuhu...

Remy & Wanie, blur di depan dan sharp di belakang...

Mama & Mas...

Boleh membuat pilihan, nak ikan betina or ikan jantan...


Setelah selesai memenuhkan perut dengan hidangan yg pelbagai, kami berempat ke Balai Besar yg terletak di Lebuhraya Darul Aman dan bersebelahan dengan Balai Nobat. Suasana pada malam tu sangatlah indah, apatah lagi apabila angin meniup terasa sejuk dan nyaman (teringat kampung halaman Remy time ni).

Balai Besar...

Remy & Wanie...

Mas, Wanie & Remy...

Remy menjilat replika puting, nyummy...


Dan yg paling Remy suka iaitu semasa merakamkan gambar melompat kami bertiga (mama rehat dalam kereta). Time ni memang Remy x percaya yg kami bertiga boleh melompat, padahal baru jer lepas makan malam (takut terkeluar jer makanan).

Remy & Mas (melompat lebih tinggi)

Remy & Mas (Wanie & Mas cakap Remy x der perasaan)

Jom berdansa bersama kami...

Remy & Wanie menakluki menara jam...

Mas sebagai katak yg telah dilepaskan oleh Cik Wanie...

Mas mendera Cik Wanie, sampai ati Mas...

Cik Wanie & Remy (pasangan bahagia Alor Setar)

Cik Wanie & Remy dihadapan Masjid Zahir (lokasi kejadian maksiat, ishhh...)

Mas & Remy dihadapan Masjid Zahir...


Setelah penat bergambar, Cik Wanie dan Mama menghantar Remy & Mas pulang ke hotel untuk merehatkan badan tapi kami berdua x terus masuk hotel tapi sebaliknya kami berdua bergambar di tengah - tengah jalan raya, huhuhu...

Remy bergembira...


Setelah selesai, barulah kami berdua ke bilik masing - masing untuk merehatkan tubuh badan yg kepenatan. Remy cuma tidur 1 jam jer pada hari tu iaitu dari pukul 4.30 am - 5.30 am dan kemudian bangun dan terus mandi serta menonton National Geographic (x tau naper x boleh tidur).

Nantikan sambungan Part 2 di entry seterusnya...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

8 comments:

Afzainizam March 8, 2010 at 10:11 PM  

Salam Dari kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu….

Salam kenalan dan persahabatan... Semoga mendapat respon yang baik dari blog anda.... harapnya cam tu lah

~~~~~~@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@~~~~~~

"ingatkanku semua, wahai sahabat
Kita untuk slamanya, kita percaya
Kita tebarkan arah, dan tak pernah lelah
Ingatkanku semua, wahai sahabat

Bila nafas kulepas, semua langkah yang lelah
Semua waktu yang hilang, tapi bayangmu tetap

Ingatkanku semua, wahai sahabat
Kita untuk slamanya, wahai sahabat
Kita bagai cerita, wahai sahabat
Ingatkanku semua, wahai sahabat

~~~~~~@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@~~~~~~~

Remy.com March 8, 2010 at 10:16 PM  

afzainizam,

thanks, salam kenalan juga dari remy.com...

Cik Wanie March 9, 2010 at 6:36 AM  

hihihihi,
kelakar giler time lompat2 tue,
rasa mcm nak tersembul bijik mata bila tgk kejadian itew kan,
hurm...
mcm2 hal...

aizoul,
nanti ko dtg sini plak,
aku bawak ko jln2 ok:)

Hezesuze March 9, 2010 at 11:05 AM  

walaweiiiii mencik pegi alor setar tak bgitau akak pong.... :(

uik xkan uols berdua satu bilik hotel??? serammmm akak dengar nie...

sbb tu remy xleh tdo kot...takot kene tangkap kering ye...mihahahah

Remy.com March 9, 2010 at 12:01 PM  

aizoul,

sila lah jeles lg k, sy suka sgt klo awak jeles, muahahaha...

Remy.com March 9, 2010 at 12:02 PM  

wanie,

mmg suka sgt time lompat-lompat tu, nk tersembur mknn dlm usus time tu...

huhu, miss u...

Remy.com March 9, 2010 at 12:03 PM  

kak heze,

huhu, nak ajak tp takut kak heze bz jer, muahahaha...

Post a Comment