Berjimba di Kedah Part 3...

>> Wednesday, March 10, 2010



Setelah puas menakluki Muzium Padi, kami berlima ke Rumah Tradisi Melayu iaitu Rumah Tok Su yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Alor Setar. Rumah Tok Su telah berusia lebih daripada 100 tahun dan seni binanya sangatlah cantik, terasa bagaikan di zaman Hang Tuah pulak masa ni.

Bersebelahan Rumah Tok Su, terdapat sebuah lagi Rumah Tradisi Melayu iaitu Rumah Seri Banai tapi kami tidak berkesempatan untuk memasukinya kerana ditutup pada pukul 12.30 pm hingga 2.30 pm untuk Solat Jumaat (Remy selamba x g Masjid, huhu...).

Rumah Tok Su...


Dan semestinya perkara yg dilakukan oleh kami adalah bergambar sebagai nostalgia (kata Mariah Carey), memang perkara yg wajib untuk bergambar sebab bukan senang nak berkumpul macam ni...

Remy, Cik Wanie & Anis di pintu masuk Rumah Tok Su...

Mas, Remy & Anis di pintu dapur Rumah Tok Su...

Cik Wanie, Remy & Anis di pintu dapur Rumah Tok Su...

Remy dan Anis di bahagian belakang Rumah Tok Su...

Remy, Mas & Anis di bahagian belakang Rumah Tok Su...


Ada satu peristiwa yg lucu bagi kitorang semasa kat dalam Rumah Tok Su. Masa kitorang masuk bahagian dapur Rumah Tok Su tetiba Cik Wanie menjerit (semua terkejut). Remy ingatkan ada hantu atau ular, rupa - rupanya Cik Wanie terkejut sebab ada patung perempuan bertudung kat bahagian dapur tu (macam betul jer kan...).

Remy dan Anis di tandas, macam nak mandi jer sbb jernih + sejuk air tu...

Bergambar bersama Anak Jati Kedah...


Gambar dekat atas ni bukannya bersama dengan kawan Facebook or Blog kami, tapi dengan anak jati Kedah (mereka berasal dari Taman Wira Mergong). Masa kitorang tengah bergambar dekat perigi ni, tetiba ada 3 orang kanak - kanak yg melihat aksi kami berempat seperti model terkemuka dunia. Disebabkan mereka bertiga dah berada di sana, Cik Wanie ajak turut sama merakamkan beberapa keping gambar untuk dijadikan sebagai kenangan (comey betul adik - adik ni).

Setelah puas melihat keindahan seni bina yg telah bertahan selama beberapa ratus tahun dan kami tidak boleh berada di sana terlalu lama disebabkan cuaca yg semakin panas, maka kami ke lokasi yg seterusnya. Untuk mengetahuinya, ikuti entry yg seterusnya...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

4 comments:

Cik Wanie March 10, 2010 at 6:49 AM  

yelah maunyer x terkejut,
dahlah pakcik tue citer ada beberapa org yg x blh nak masuk sampai ke dapur,
sbb bdnnya lemah,
so bila wanie masuk sampai ke dapur,
rupanya,
uissssssshhhh,
takut ok....
hurm

Remy.com March 10, 2010 at 11:40 AM  

wanie,

seb bek wanie kuat semangat...terkejut remy dgr wanie menjerit time tu...

huhu...

Hezesuze March 10, 2010 at 1:12 PM  

kalo ler dpt mandi air perigi tu...mesti besh kan...huhu

Remy.com March 10, 2010 at 3:31 PM  

kak heze,

mmg best klo dapat mndi air perigi tu, dah la air dier sejuk sesangat sbb air tadahan hujan...

Post a Comment