Firefly ATR 72-500 & MAS A380

>> Tuesday, March 30, 2010



300310 (Selasa)

Hari Selasa ni Remy tersenyum lebar kerana telah mendapatkan sesuatu yg telah lama Remy idamkan. Apakah yg Remy idamkan hingga membuat Remy sampai tersenyum lebar?. Semestinya aircraft yg baru - baru ni menjadi hobi Remy untuk mengumpulnya sebagai koleksi.

Pada hari Selasa yg indah ini, Remy telah menambahkan koleksi aircraft Remy daripada 8 buah menjadi 10 buah (tambah 2). Untuk mendapatkannya, Remy telah membuat perjanjian untuk menemui 2 orang yg berlainan dalam masa 2 jam di 2 lokasi yg berlainan.

Perjanjian pertama adalah pada pukul 09.00 am untuk mendapatkan Firefly ATR 72-500 dan lokasinya adalah bertempat di Subang Airport.

Firefly ATR 72-500, berskala 1:100

Firefly ATR 72-500, berskala 1:100


Setelah mendapatkan Aircraft Firefly ATR 72-500 yg berskala 1:100, Remy lepak - lepak sambil melihat suasana di dalam Subang Airport sementara menanti masa untuk perjanjian yang kedua...

Perjanjian kedua adalah pada pukul 10.30 am untuk mendapatkan Malaysia Airlines A380 dan lokasinya adalah bertempat di Tesco Shah Alam. Yang menariknya, MAS A380 yg berskala 1:160 ni Remy dapatkan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun kerana ianya pemberian dari seorang teman yg sangat pemurah dan baik hati.

MAS A380, berskala 1:160

Remy yg tersangat happy...

Happy nyer...


Setelah mengambil kedua - dua aircraft tersebut, Remy pulang dengan muka yg tersangat gembira kerana dapat menambahkan lagi koleksi aircraft Remy yg baru jer nak bermula...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

7 comments:

Remy.com March 31, 2010 at 1:57 PM  

Amir Rayyan,

Semestinyer...

Diarihatiku1976 April 2, 2010 at 12:31 PM  

oo minat aircraft ekk... kalo berminat lagi.. klik kat sini ya...

http://h-n-i.blogspot.com/search?updated-max=2010-03-06T21%3A24%3A00%2B08%3A00&max-results=12

Remy.com April 5, 2010 at 10:26 PM  

Diarihatiku1976,

Thanks... Suka sesangat...

payiet April 6, 2010 at 12:30 PM  

salam. just nak tanya ,model A380 tu berapa harganya? thanx

Remy.com July 14, 2010 at 6:28 PM  

: Payiet : Harga utk A380 tu RM250

Post a Comment