Hampir Mati...

>> Wednesday, March 31, 2010



310310 (Rabu)

Semalam (30 March 2010 bersamaan hari Selasa) baru jer Remy happy. Tapi x sampai seminggu Remy happy, tiba - tiba Remy ditimpa musibah. Untuk mengetahuinya, jom ikuti entry ni hingga ke akhir nyawa cewwah...

Hari Rabu yg cerah ni Remy bangun awal iaitu pada pukul 9.00 am (rajin kan Remy). Bangun jer dari tidur, Remy terus melihat koleksi aircraft kesayangan Remy sambil minum milo ais (belum gosok gigi lagi). Puas melihat koleksi aircraft, Remy terus mandi untuk menyegarkan tubuh badan Remy yg agak gempal ni.

Setelah bersiap, Remy mula memanaskan enjin kereta kancil kesayangan Remy selama 10 minit sambil mendengar album terbaru Mariah Carey iaitu Memoirs of An Imperfect Angel (MOAIA). Setelah enjin kereta Remy sebati panas (dah macam rancangan memasak), Remy terus memandu dengan penuh berhemah. Sampai di selekoh KTM Shah Alam (800 meter dari rumah) tiba - tiba Remy terdengar bunyi seperti Remy terlanggar besi tiang lampu jalan (huhuhu...), tapi sebaik sahaja Remy menoleh ke belakang tiada apa di jalan tersebut. Disebabkan tiada apa di jalan tersebut, maka Remy teruskan perjalanan dengan muka yg selamba tapi x sampai 10 saat tiba - tiba tayar kereta depan Remy bergegar dengan kuatnya (macam gempa bumi) dan terpaksa Remy memberhentikan kereta Remy dengan mengejut sebab takut mati dalam kereta.

Setelah memberhentikan kereta di tepi jalan dan membuka lampu kecemasan, Remy terus menghubungi abang Remy iaitu Wan aka Along dan tidak sampai 15 minit Wan tiba di lokasi (cepatkan, huhuhu...). Setelah diperiksa, akhirnya kereta Remy terpaksa ditarik dan dibawa ke bengkel yg berlokasi di Seksyen 24 Shah Alam.

Kancil kesayangan Remy ditarik...

Setelah di Zoom...

Setiba di bengkel...

Hurm... Kuar duit lah lagi pasni...

Sebelum membuka tayar...

Setelah dibuka...

Hasilnya...


Setelah diperiksa dengan teliti, keputusannya adalah skru yg dekat tengah tayar tu patah yg telah membuatkan tayar kancil Remy bengkok terkeluar dan kerosakan di drive shaft (betul ker taip ni). Terpaksa Remy tunggu kepulangan kereta kancil kesayangan Remy petang ni, miss u kancil...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

4 comments:

KHAIRUL IDHAM March 31, 2010 at 2:12 PM  

syian!!!yang penting remy ok...menakutkan jer title tu...maybe ada hikmah disebaliknya...

Remy.com March 31, 2010 at 4:33 PM  

Am,

huhu title yg menakutkan kan?

Post a Comment