Remy ke Terminal Putra...

>> Friday, March 12, 2010



110310 (Khamis)

Tajuk entry Remy kali ni adalah Remy ke Terminal Putra. Persoalannya, kenapa Remy ke Terminal Putra?. Adakah Remy ingin ke Kedah, Sabah, Sarawak, Kelantan dan sebagainya?. Untuk mengetahuinya, ikuti entry ini hingga ke penghujungnya, cewwah...


Sebelum memulakan, terlebih dahulu Remy ingin kongsikan bersama kengkawan semuanya gambar terbaru Remy yg semakin berisi dan comel ini. Sekarang ni Remy dah x berapa kisah sangat tentang kenaikan berat badan Remy, lantak lah nak naik ker nak turun, yg penting Remy bahagia (x gitu kengkawan ku?).


Sambungan Remy ke Terminal Putra.

Tengahari tadi (11 March 2010 bersamaan hari Khamis), mak Remy telah memberi satu tugasan kepada Remy. Tugasan yg diberikan kepada Remy adalah ke Terminal Putra yg berlokasi di Kuala Lumpur (bersebelahan PWTC) pada pukul 9.00 pm bertujuan untuk menjemput adik Remy iaitu Rusydi yg cuti selama seminggu setelah mengambil keputusan SPM di MRSM Muadzam Shah.

Pada mulanya, Remy disuruh pergi berseorangan bersama kancil buruk kesayangan Remy tapi rancangan tersebut diubah di akhir masa iaitu Remy pergi bersama ibunda tersayang menaiki Unser. Setiba di Terminal Putra, kami terpaksa menunggu Rusydi selama hampir setengah jam kerana masalah lalu lintas. Dan seperti biasa, semasa waktu menunggu tersebut Remy telah snap beberapa pic menggunakan Nokia E71 dan hasilnya seperti di bawah ni.

Si Montel Remy yg sangat comel...

Senyuman yg x berapa ikhlas dari Remy.com


Dan setelah beberapa minit Remy & ibunda tersayang menunggu, akhirnya Rusydi muncul di hadapan kami berdua dan perkara pertama yg terlintas di fikiran Remy adalah "kurusnya dia, x leh jd nih".

Remy dan Rusydi (x puas hati dia dah kurus)


Penat memandu, akhirnya Remy tiba di rumah dengan selamat pada pukul 10.40 pm. Sampai jer rumah, terus Remy mandi dan on9 apa yang patut...

p/s : Ikuti sambungan entry "Berjimba di Kedah Part 5" di bawah entry ni...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

0 comments:

Post a Comment