Bersiar - siar...

>> Tuesday, April 6, 2010



050410 (Isnin)

Pada hari Sabtu yg lepas iaitu pada 03 April 2010, Remy telah berjumpa dengan seseorang iaitu Lee. Remy berjumpa dengan Lee bersebab iaitu untuk menyerahkan aircraft MAS A380 yg berskala 1/160 kepada Lee. Bagi menyerahkannya, Remy dan Lee bertemu di Seksyen 3 Shah Alam iaitu di Pak Long Cafe.

Aircraft MAS A380...


Di Pak Long Cafe, kami berdua bersarapan dahulu bagi menambahkan lagi tenaga di dalam badan. Menu yg dipilih oleh Remy adalah Nasi Goreng Cendawan dan Jus Oren manakala Lee pula memilih Nasi Goreng Ikan Masin dan Jus Epal...

Nasi Goreng Cendawan...

Lee gembira bersama aircraft MAS A380...


Setelah menjamu selera, Lee mengajak Remy bersiar - siar di sekitar Shah Alam dan lokasi yg dipilih adalah Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam. Di sana, kami berdua hanya ke Rumah 4 musim dengan menaiki bus yg bergerak perlahan sambil merasakan kedinginan angin pagi...

Di dalam bus tersebut...


Dan setiba di Rumah 4 musim, kami berdua terpukau dengan keindahan taman yg disusun rapi serta bau bunga ros yg amat kuat (terasa bagai di syurga).









Dan sambil melihat keindahan taman tersebut, kami berdua sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Lagi pun bukannya senang nak berjumpa dengan Lee ni...

Remy and Lee, Smile...

Remy and Lee, serious...


Puas berjalan di Rumah 4 musim, Lee menghantar Remy pulang kerana pada petangnya Lee akan berjumpa dengan seseorang... Walaupun perjumpaan ini cuma sebentar, tapi bagi Remy amat seronok dan x kan dapat dilupakan...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

4 comments:

Hezesuze April 6, 2010 at 2:14 PM  

wah bersiar2 katenye...area shah alam gak..huhu

Remy.com April 6, 2010 at 2:53 PM  

Kak Heze,

Yups, naper jeles ker?... Huhuhu...

||| PöJìé PööH ||| April 9, 2010 at 7:32 PM  

DENGAN POJIE PAYAH GILER NAK JUMPA!
JANJI PUN LUPA!

NUke_Rude April 29, 2010 at 10:20 PM  

waa.. nak gak aircraft tu.. :D

Post a Comment