Hujung Minggu...

>> Sunday, April 4, 2010



040410 (Ahad)

Semenjak Remy ada hobi baru iaitu mengumpul model aircraft yg berskala 1:200, hujung minggu Remy banyak dihabiskan di KLIA.

Pada hari Ahad yg cerah ini, Remy bangun pada pukul 6.30 am dan tanpa membuang masa, Remy bersiap untuk ke KLIA. Tepat pukul 10.00 am, Remy memandu kancil kecil kesayangan Remy untuk ke KLIA sambil mendengar lagu - lagu daripada album MOAIA. Dan setelah 45 minit Remy memandu, akhirnya Remy tiba di KLIA dengan selamat. Setiba di KLIA, Remy terus ke ruangan tinjau...





Remy ke ruangan tinjau kerana inilah tujuan sebenar Remy ke KLIA, adalah untuk melihat aircraft terbang dan mendarat. Remy rasa tenang sesangat bila melihat aircraft, boleh melupakan pelbagai masalah yg ada dalam minda untuk seketika...




Seseorang itu mesti ada sesuatu yg diminati dan inilah yang Remy minat, iaitu melihat aircraft. Bila lah Remy akan jadi sebahagian daripada ni, huhuhu...

Dan kepada sesiapa yg nak jumpa Remy, jom sama - sama melihat aircraft yg terbang dan mendarat dengan cantiknya di KLIA setiap Ahad...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

2 comments:

payiet April 7, 2010 at 11:10 AM  

i love aircraft too :)

Post a Comment