Kucing...

>> Wednesday, May 26, 2010



260510 (Rabu)

Kucing adalah tajuk entry kali ini. Bukannya Remy akan holiday ke Kuching tetapi kucing yg Remy maksudkan adalah kucing yg sentiasa berbunyi "Meaw...".


Cerita yg sebenarnya begini...

Pada 21hb Mei 2010 bersamaan pada hari Jumaat, Remy terjumpa 4 ekor anak kucing yg sedang basah kuyup di dalam kotak. Pada mulanya Remy tidak mahu mengambil anak kucing tersebut sebab Remy x berapa pandai nak menjaga binatang tapi disebabkan tangisan anak kucing tersebut telah membuatkan hati nurani Remy terbuka untuk mengambil 4 ekor anak kucing tersebut (tapi sebelum ambil Remy kena minta izin dari emak Remy dulu).

Setelah beberapa hari Remy menjaga anak kucing tersebut, Remy semakin sayang dan teringin untuk menjaga buat selamanya 4 ekor anak kucing tersebut. Dan Remy telah memberi 4 ekor anak kucing tersebut nama, iaitu :

- Mariah (semestinya ada)
- Miley
- Justin Bieber
- Lee

Gembira sesangat setiap kali melihat mereka, makin sihat dan makin nakal (suka sangat mencakar dan memanjat).

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

6 comments:

El-Zaffril May 27, 2010 at 5:11 PM  

macam tuan dia la kan... suka mencakar dan memanjat juga... meowwwwwwww

Remy.com May 27, 2010 at 5:43 PM  

El,

Ahakz, Remy mencakar n memanjat siapa El?... Huhuhu...

ChiLaBaey's May 28, 2010 at 5:30 AM  

Bagus2... Kucing ni haiwan kesayangan Nabi kita... kadang2 tu membawa rezeki... Comel2 semuanye... :)

Indra May 30, 2010 at 1:15 PM  

soooooooooooooooooomeeeeeeeeellllllllll~!!!

sangats!

nak sekor.. nak wat sup kucin~ ahak~!
hahahahah.. =P

Remy.com June 1, 2010 at 6:05 PM  

ChiLaBaey's,

Tu bukan pic kucing Remy, tu Remy amik dr Google...

Nanti Remy snap pic kucing Remy k...

Remy.com June 1, 2010 at 6:06 PM  

Indra,

Huhu, apa yg some sesangat tu?. Mn blh wat sup, g cari kat tepi jln, byk sesangat... Huhuhu...

Post a Comment