Nyawaku Hilang...

>> Wednesday, May 5, 2010



050510 (Rabu)

Sungguh menarik tajuk entry kali ni "Nyawaku Hilang...". Maksud tajuk entry kali ni bukannya nyawa Remy melayang betul-betul tapi sekadar perumpamaan...


Apakah yg menyebabkan Remy mengambil perumpaan seperti diatas?. Antara sebab-sebabnya adalah kerana Remy x dapat online selama seminggu lebih kerana lappy Remy rosak tanpa disengajakan. Remy maksudkan tanpa disengajakan adalah kerana lappy Remy rosak kerana Remy tersiku sampai menyebabkan lappy Remy terjatuh dari atas meja ke lantai (nasib baik meja rendah).


Disebabkan dah x boleh nak ON, maka Remy membuat keputusan untuk menghantarnya ke Hospital Lappy yang berlokasi di Highpoint Service Networt Sdn Bhd. Disana adalah tempat untuk membaiki segala jenis lappy dan merupakan HQ di dalam Malaysia.


Semasa menghantar lappy Remy ke Hospital tersebut, Remy diminta untuk membayar deposit sebanyak RM50.00 dan diminta pulang ke rumah terlebih dahulu setelah mendapatkan resit. Nasihat yg Doktor beri kepada Remy adalah "Jangan risau, kami akan cuba sedaya upaya kami bagi menyelamatkan dia. Tuan diminta untuk pulang ke rumah dahulu dan nantikan panggilan dari kami kerana pembadahan ini akan mengambil masa yg lama". Dan tanpa sebarang bantahan, Remy pulang ke rumah dengan kerisauan dan sedih...


Sehari setelah itu, Remy mendapat panggilan daripada Doktor yg membuat pembedahan terhadap lappy Remy. Doktor memberitahu yg lappy boleh diperbaiki tetapi memerlukan kos pembadahan yg agak besar iaitu sebanyak RM700.00. Disebabkan Remy x mampu untuk hidup lama tanpa lappy Remy, maka Remy bersetuju untuk meneruskan pembadahan tersebut.

Dan setelah 3 hari lappy Remy di Hospital tersebut, akhirnya lappy Remy sihat seperti sedia kala. Disebabkan lappy Remy rosak, banyak yg Remy ketinggalan di Facebook, Bloggers dan sebagainya...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

3 comments:

Hezesuze May 7, 2010 at 12:52 PM  

lenkali siku tu letak tepi ar...hahahahaah

Remy.com May 7, 2010 at 5:26 PM  

Kak Heze,

Remy tersiku sbb nak jawab panggilan akak aritu... Semuanya kernamu...

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah May 22, 2010 at 9:32 AM  

ceh!!!! suspend jer jalan citer hahaha... len kali mata letak kat siku key wakakka

p/s : pukul siku dengan lesung cepat!!! bertindak ikut arahan key...

Post a Comment