TNB bersemangat...

>> Tuesday, June 22, 2010



220610 (Selasa)

Pada 22hb June 2010 bersamaan pada hari Selasa, GSN JAYA SDN BHD iaitu kedai yg diusahakan oleh keluarga secara turun temurun sejak Mei 1978 telah didatangi oleh beberapa pekerja dan kontraktor dari TNB. Tujuan meraka ke sini adalah untuk menggantikan kabel bawah tanah yg telah rosak.

Kerosakan tersebut diketahui pada 21hb June 2010 bersamaan pada hari Isnin kerana GSN JAYA SDN BHD kekurangan tenaga elektrik dan setelah diperiksa oleh pekerja TNB akhirnya pada 22hb June 2010 diketahui puncanya (kerosakan kabel di bawah tanah).

Untuk membaikinya, pekerja dan kontraktor dari TNB terpaksa melakukan kerja keras iaitu mengorek tanah di depan GSN JAYA SDN BHD dan menggantikan kabel yg telah rosak kepada kabel yg baru. Seterusnya sila ikuti turutan gambar di bawah ini...

Jalan dipotong (bising gilers)...

Jalan dipecahkan...

Jalan dikorek...

Dikorek lagi dalam...

Mencari kabel yg lama (berhati-hati kerana ada paip air)...

Kabel lama ditemui...

Mengeluarkan kabel lama yg telah rosak...

Proses memasang kabel yg baru...

Kabel baru dipasang di GSN JAYA SDN BHD


Kerja-kerja bukan selesai setakat itu sahaja tetapi disambung pada 23hb June 2010 dan 24hb June 2010 kerana belum selesai lagi.

p/s : Peruntukan sebanyak RM10,000 diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tersebut...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

0 comments:

Post a Comment