Lunch at Nandos (Subang Parade)

>> Friday, July 30, 2010



30 Julai 2010 (Jumaat)

Sudah sebulan lamanya Remy tidak mengupdate Blog (last entry pada 26 Jun 2010) kerana memerlukan masa yg agak lama untuk menyendiri. Sekarang Remy akan mula mengupdate Blog semula tetapi secara perlahan (tidak sebanyak dahulu).

Ok, sambung kepada tajuk asal seperti di atas...

Pada pukul 12.26pm tadi Remy telah mendapat panggilan daripada Kak Heze Suze dan di dalam panggilan tersebut Kak Heze telah mengajak Remy ke Subang Parade bertujuan untuk membeli blouse berwarna putih yg akan digunakan pada sebuah gathering. Disebabkan pada masa itu Remy free, maka tanpa berfikir panjang Remy bersetuju dan pada pukul 01.00pm tadi Kak Heze tiba di hadapan rumah Remy (terus ke Subang Parade).

Setelah membeli blouse putih (pilihan Remy), Remy & Kak Heze menunggu kedatangan El-Zaffril di Nandos untuk lunch bersama (lama x makan reramai) dan x sampai berapa minit tibalah El-Zaffril di Nandos tersebut.

Kak Heze sebagai duta Sos Nandos...

Kak Heze bersama El-Zaffril...

Remy bersama El-Zaffril...


Sambil menjamu seekor ayam yg telah dipanggang dengan bagusnya, kami bertiga berkongsi cerita dan lawak jenaka. Rasa sedih dan rindu pun ada masa makan tu sebab dapat jumpa kawan juga setelah sekian lama tapi harus disembunyikan supaya tidak menitiskan air mata yg suci lagi bernilai ni huhuhu...

Setelah menghabiskan kesemua hidangan di atas meja tersebut, kami bertiga duduk merehatkan usus yg sedang bekerja menghancurkan makanan yg telah dimasukkan (x larat nak bangun sebab terlalu kenyang).

Pada pukul 03.15pm, El-Zaffril meninggalkan kami berdua kerana perlu ke tempat kerja manakala Remy & Kak Heze meneruskan perjalanan ke Plaza Masalam yg terletak di Seksyen 9, Shah Alam bertujuan untuk :

Membayar Kredit Card Aeon...


Itu sahaja aktiviti yg Remy lakukan pada Jumaat yg mulia ini (ponteng solat), nantikan entry seterusnya mengenai aktiviti Remy untuk malam ini...

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

10 comments:

Hezesuze July 30, 2010 at 6:40 PM  

wah terus ada n3 baru kekdhanye kan....hehehe

psstt...akak link ur n3 rini tuk n3 akak ek...hehehe malas nk taip..haha

thanks temankan akak...

Remy.com July 30, 2010 at 6:47 PM  

Kak Heze : Huhuhu malasnya akak ni, ok jer huhuhu...

Thanks sbb ajak Remy, seb bek Remy x bz seperti biasa, huhuhu...

Ogy July 30, 2010 at 8:13 PM  

adesss sungguh skema dan tertib sekali penggunaan bahase di dlm blog ini. saya sgt suka membacanya... :)

Remy.com July 30, 2010 at 10:32 PM  

Ogy : Remy memang dari azali lagi diberi ketatatertiban dalam berbahasa kerana bahasa itu lambang keperibadian seseorang, cewwah...

Cik Wanie July 31, 2010 at 8:01 AM  

rindu nya dah lama x jumpa korang semua,
bilalah lagi akn berjumpa kan,
hurm...

masa dah merubah segalanya....
huk huk huk

mummysyafie July 31, 2010 at 12:22 PM  

me jejalan sini tuan rumah..

ngedate bertiga di nandos yer zue..

Remy.com July 31, 2010 at 6:37 PM  

Cik Wanie : Miss u too sayang... Ada masa nanti Remy g Kedah k jumpa Wanie...

atty's August 2, 2010 at 2:54 PM  

salam remy..lama tak jenguk blog remy..harap remy sehat..

Remy.com August 4, 2010 at 10:44 AM  

Kak Atty : Remy pun baru-baru ni jer aktif BerBlogging balik, lama sangat menyepi (1 bulan)... Remy sihat walafiat, harap akak pon sama...

Post a Comment