Gathering (cousins)

>> Saturday, August 7, 2010



05 Ogos 2010 (Khamis)

Pada 05 Ogos 2010 bersamaan hari Khamis yg lepas, Remy mengikuti Gathering (bersama cousin) yg dihadiri oleh Remy, Azzy & Nadiah. Gathering tersebut diadakan di Subang Jaya, di 3 lokasi yg berbeza. Untuk mengetahui ke mana kami bertiga pergi, ikuti entry ini hingga ke akhirnya...

Pada pukul 06.15 pm, kami berkumpul di Subang Parade untuk sama-sama menuju ke lokasi pertama iaitu Empire Mall di Subang Jaya. Setiba di Empire Mall, kami bertiga hanya melakukan aktiviti window shopping kerana di Empire Mall tiada pawagam.

Azzy & Nadiah yg x sabar-sabar nak window shopping...

Remy & Nadiah di Empire Mall...

Azzy & Nadiah di Empire Mall...

Perkara pertama, keluarkan duit...

Azzy pun mengeluarkan duit juga...

Remy di ToysRus di Empire Mall...

Nadiah di ToysRus di Empire Mall...

Azzy di ToysRus di Empire Mall...

Zaman kanak-kanak kurang kebahagiaan (ni lah hasilnya)...

Nadiah & Azzy imbas kembali zaman bebudak...

Setelah penat bermain, rehatkan badan untuk aktiviti seterusnya...


Penat bermain, tentunya lapar. Disebabkan perasaan lapar menyelubungi kami bertiga, maka kami memilih Restoran Belanga di Empire Mall untuk dinner.

Restoran Belanga di Empire Mall...

Bahagian dalam Restoran Belanga...

Pening memilih menu untuk dinner...

Remy bertanya menu, Azzy lak posing...

Azzy sentiasa sabotaj Remy masa bergambar (tapi pic Remy sentiasa cute)

Remy & Nadiah berPropaganda...

Nasi Goreng Kerabu berlauk Ayam Percik (menu dinner Remy)

Nasi Goreng Belacan (menu dinner Azzy)

Nasi Tumpang berlauk Ikan (menu dinner Nadiah)

Kuih Jala

Kuih Lompat Tikam

Minuman dinner kami bertiga...

Remy bersama Nasi Goreng Kerabu berlauk Ayam Percik...

Azzy bersama Nasi Goreng Belacan...

Nadiah bersama Nasi Tumpang berlauk Ikan...

"Bagus" untuk Coffee Ice Blanded...

JJCM - Remy

JJCM - Azzy

JJCM - Nadiah

Remy & Azzy kekenyangan...

Licin beb...


Setelah kekenyangan, kami bertiga teringin untuk ke pawagam dan disebabkan di Empire Mall tiada pawagam maka kami bertiga ke lokasi kedua iaitu Sunway Pyramid. Malangnya, di Sunway Pyramid parking full (x ada satu pun parking yg kosong).

Remy yg dalam keadaan stress...

Nadiah yg pasrah...

Azzy yg kebosanan di dlm kereta (x dapat2 parking)...


Disebabkan x dapat nak tengok wayang (x dapat parking), maka kami bertiga mengambil keputusan untuk merehatkan badan dan menghilangkan stress di lokasi ketiga iaitu Skypark Terminal di Subang Jaya.

Skypark Terminal...

Bahagian dalam Skypark Terminal...

Remy di CIMB Skypark Terminal...

Duta Skypark Terminal - Remy Leng Chai

Duta Samsung - Azzy

Duta AirAsia - Remy Leng Chai & Azzy


Sambil lepak-lepak di Skypark Terminal, kami bertiga makan lagi di McDonalds yg berlokasi di dalam Skypark Terminal. Sambil makan sambil bergossip tentang orang lain, huhuhu...

Disebabkan hampir tengah malam, maka kami bertiga mula berpisah dan pulang ke rumah masing-masing dan Remy selamat tiba di rumah tepat pada pukul 12.00 am. Walaupun cuma 6 jam berjumpa dan berkumpul sesama saudara, tapi pengalaman sangatlah manis, penuh dengan gelak ketawa dan gurau senda.

Sekian...




Salam Sayang,
Remy.com

2 comments:

Remy.com August 10, 2010 at 11:10 AM  

Kak Heze : Memang meriah aka Mariah uols...

Post a Comment