Gempa Jepun - Ancaman Loji Nuklear

>> Sunday, March 13, 2011



Media tempatan melaporkan angka korban akibat bencana gempa bumi dikhuatiri mencecah seribu orang.

Lebih 3 ribu penduduk di Onahama City terpaksa dipindahkan selepas loji nuklear berdekatan mengalami masalah sistem pendingin.

Mereka diarahkan untuk berada sekurang-kurangnya 3 kilometer dari kawasan loji dan elak diri daripada keluar.

Tekanan satu daripada 6 reaktornya meningkat 1.5 kali ganda berbanding tahap normal.

Beberapa jam selepas arahan pemindahan, kerajaan mengumumkan loji janakuasa nuklear itu perlu melepaskan wap radioaktif bagi mengurangkan tekanan dan bagi melindungi ia daripada kemungkinan melebur.

Loji tenaga Fukushima ini terletak di selatan Miyagi, lokasi sebuah loji nuklear Onagawa yang terbakar.

Sebuah lagi reaktor nuklear di Onagawa pula berdepan kebocoran air.

Kajian geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu adalah yang terbesar pernah dicatat di Jepun sejak ia mula direkod pada tahun 1800.


0 comments:

Post a Comment