Tips Beli Belah On Line

>> Thursday, March 3, 2011



Tips Pertama

PC mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan Internet yang dikemas kini untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.


Tips Kedua
Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah. Disebabkan membeli-belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli.


Tips Ketiga
Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu.


Tips Keempat
Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.


Tips Kelima
Bayar gunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli di dalam talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat untuk melakukan transaksi di laman web kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat.


Tips Keenam
Cetak resit atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau emel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian !. Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.


Info diperolehi dari Harian Metro (Selasa, 1 Mac 2011)

0 comments:

Post a Comment