Aerobridge pintu A2 runtuh

>> Sunday, May 22, 2011

PUTRAJAYA: Satu daripada ‘aerobridge’ yang menjadi laluan penghubung memasuki pesawat di Pintu A2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini runtuh, semalam.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.55 petang ketika ‘aerobrige’ terbabit sedang diselenggara.


“Akibat kejadian itu, dua daripada tiga sambungan aerobridge di Pintu A2 terjatuh dan rosak teruk.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana aerobridge itu sudah ditutup sejak jam 3 petang untuk kerja penyelenggaraan biasa.


“Kami masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian sebenar,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.


Berikutan itu Azmi meminta supaya orang ramai tidak panik kerana kerosakan aerobridge di Pintu A2 itu tidak menjejaskan operasi dan jadual penerbangan di KLIA.

Source

2 comments:

din gombak May 23, 2011 at 11:09 PM  

safetu tak diutamakan..tu pasal jadi mcm tu..bukak roller tanpa letak jacking stand..ini bulan kali pertama jadi...

RemyLC May 24, 2011 at 5:12 PM  

Din Gombak, tu lah... Seb bek x der yg terkena... MAHB ni x pentingkan safety, nk untung jer...

Post a Comment