Deepavali bersama Nur Anis

>> Wednesday, October 26, 2011

26hb Oktober 2011 bersamaan hari Rabu ini adalah hari perayaan bagi kaum India iaitu Deepavali. Sempena Deepavali ini ramai yg mengambil kesempatan untuk bercuti walaupun bukan kaum India termasuklah Remy dan Anis, Anis adalah sahabat baik Remy yg telah Remy anggap sebagai keluarga (mula berkenalan dari Blogger - 2008).

Perjumpaan dijadualkan pada pukul 11.00 am di Mid Valley Megamall dan memandangkan abang Remy iaitu Redza dan isterinya Ema Azuin serta adik Remy (Nur Fadhilah) ingin ke lokasi yang sama so Remy ambil kesempatan untuk tumpang sekaki ke Mid Valley Megamall, kami mula bergerak pada pukul 10.40 am dan tiba di lokasi tepat pada pukul 11.00 am.





Setiba di Mid Valley Megamall, Remy mula berpisah dengan family untuk berjumpa Anis di lokasi yg telah dipersetujui iaitu di hadapan Pets Wonderland. Setelah 30 minit, akhirnya dua sahabat karib bertemu dan kami berdua terus beratur di GSC Cinema untuk mendapatkan tiket "Paranormal Activity 3".

Ramai yang beratur untuk mendapatkan tiket masing-masing termasuklah Remy dan Anis, sambil beratur Anis cuba untuk mendapatkan tiket secara online melalui bantuan dari kawan sbb x berapa larat untuk beratur panjang dan kawan Anis yg berada di rumah telah membantu untuk mendapatkan tiket secara online.

Da dapat tiket, kami berdua berundur dari barisan siksaan dan terus ke Jusco untuk mendapatkan dadah. Di bawah ni bukanlah picture disco tp picture kaunter tiket di GSC Cinema, saja nak berlagak macam PRO tapi teruk lak jadinya...




Sebelum mendapatkan dadah yg lama diimpikan, Remy dan Anis ke Pets Wonderland mencari barang untuk kucing baru Remy (pemberian Kak Amy, thanks Kak Amy).



Dan akhirnya, setelah beberapa hari mengidam dadah (Laksa) hari ni baru Remy dapat merasa dan lagi istimewa sebab makan bersama Anis (lega dapat rasa, hehehe...).






Puas merasa Laksa di Jaya Jusco Mid Valley, Remy dan Anis bersiar-siar sementara tunggu pukul 03.20 pm iaitu waktu tayangan "Paranormal Activity 3", dan kedai yg dituju adalah Sinma untuk mendapatkan produk make up Anis.





Setelah membeli produk (bahan) make up yg digunakan Anis untuk mendandan pelanggannya, Remy dan Anis tertarik dengan satu kedai yg serba Pinky iaitu BARBIE dan kami berdua dengan tanpa rasa malunya singgah tanpa seorang anak (yang lain bawa anak) untuk melihat-lihat di dalam kedai BARBIE tersebut dan bergambar.



Puas berpinky bagai, Remy dan Anis ke Food Court Mid Valley untuk merasa ABC. Makan sambil berborak dan berketawa, menghilangkan kerinduan yg telah lama terbuku di hati... Sob3x





Sambil makan ABC, Anis ada cerita tentang satu produk yg bagus untuk kulit iaitu SKII dan telah membuat Remy menjadi ingin try produk tu dan habis jer makan terus Remy dan Anis ke Jusco sekali lagi tapi bukan ke kawasan Laksa sebaliknya ke kawasan produk penjagaan kulit untuk mencari produk SKII. Remy dan Anis tanya banyak soalan kepada peniaga di booth (betul x eja ni huhuhu) SKII untuk mengetahui kelebihan produk SKII tersebut dan jawapan yg diberikan membuatkan Remy lebih ingin mencuba tapi ada satu masalah iaitu HARGA (fikir lebih kurang 100 kali untuk beli tapi akhirnya x beli hahaha).

Disebabkan dah 03.20 pm dan waktu tayangan "Paranormal Activity 3" bermula pada 03.20 pm maka Remy dan Anis terus menuju ke GSC Cinema. Sampai jer dalam pawagam cerita dah mula, cerita yg dipilih memang sangat best sebab menyeramkan walaupun hantunya x macam hantu kita. Ada beberapa scene yg buat Remy dan Anis terperanjat, Anis cakap nasib baik Anis x pegang pop corn sebab kalau Anis pegang mesti dah tercampak.

Habis jer "Paranormal Activity 3", Remy dan Anis kembali ke Pets Wonderland untuk membeli beberapa keperluan kucing baru Remy.

Thanks to Anis sebab masih sudi keluar bersama Remy, lagi-lagi di hari perayaan. Will miss u till next date...

Sekian...

2 comments:

Soul By NurAnis October 27, 2011 at 8:25 PM  

oh my dear...
ofcoz la sudi kuar dgn my darling...
thanks for u prasent dear...
suke sgt2...

RemyLC October 28, 2011 at 10:02 AM  

Anis, hehehe thanks... Suka erk present tu, pakai k mesti Anis jadi mcm bidadari...

Post a Comment