Hangout with Mas & Wan

>> Tuesday, October 18, 2011

Setelah beberapa kali hasrat untuk berjumpa antara Remy, Mas dan Wan di batalkan atas sebab-sebab tertentu, akhirnya tengahari tadi kami bertiga berjumpa buat pertama kalinya setelah beberapa tahun terpisah, cewwah...

Di bawah ni adalah picture Remy dan Mas semasa dalam perjalanan ke rumah Wan iaitu di Klang, kami berdua mula bergerak pada pukul 01.20 pm.





Setelah mengambil Wan, kami bertiga terus menuju ke Wan Telor Berlada yg berlokasi di Kg Kuantan, Klang. Buat pengetahuan kengkawan semua, telor berlada ni adalah makanan yg mula Remy minat sejak orientasi di Cosmopoint International College of Technology (CiCT) pada Jun 2009.



Sambil menunggu hidangan siap, kami bertiga mengisi kekosongan hidup dengan bergambar dan berborak.






Dan setelah beberapa minit, hidangan yg telah dipesan tadi sampai dengan selamat dan jayanya di atas meja kami.





Sambil makan, kami bertiga berborak mengimbau kenangan lama semasa belajar di CiCT dan setelah kekenyangan begini lah jadi nya...







Dan seperti biasa, apa pose yg Remy buat mesti ada yg ikut. Biasalah orang ramai cakap tindakan seseorang artis akan mempengaruhi peminatnya, buktinya seperti di bawah ni...





Setelah makanan yg telah dimasukkan melalui mulut dan seterusnya dikunyah menggunakan gigi turun ke usus, kami bertiga memikirkan destinasi seterusnya.




Dapat destinasi seterusnya, terus kami bertiga ke sana. Destinasinya adalah Jusco Bukit Raja, Remy nak beli Speed Rope di Fitness Concept untuk berskipping di rumah (nak jaga body yg sedia sexy ni).







Dah beli Speed Rope, tak tau dah nak buat apa. So Remy ambil keputusan untuk balik, sebelum balik kita berjimba dan bergambar dulu...





Puas berjalan, Remy memuaskan nafsu dengan menghisap sebatang rokok (hiasan sahaja yer, Remy x merokok k).



Dalam perjalanan pulang, camera tak henti-henti minta bergambar lagi so Remy snap lah beberapa picture lagi atas permintaan camera hahaha...





Sampai di destinasi terakhir, Remy ditinggalkan berseorangan manakala Mas dan Wan meneruskan perjalanan ke Plaza Alam Sentral (PAS) dan Kompleks PKNS.




Seronok dapat keluar bersama dengan kawan kolej yg lama tak jumpa, terasa macam berada di zaman kolej balik. Mudah-mudahan next time dapat berjumpa dan hangout bersama lagi.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment