Ke Mid Valley - Part 1

>> Sunday, November 27, 2011

Pagi tadi Remy dan adik beradik serta saudara Remy ke Mid Valley untuk bersuka ria. Tujuan kami ke Mid Valley adalah untuk merapatkan lagi silaturahim yang telah sekian lama rapat hahaha.



Semuanya ada 8 orang iaitu :

01. Remy
02. Azzy
03. Nadiah
04. Marzura
05. Fadhilah
06. Rusydi
07. Farzana
08. Rasydan

Kami mula bergerak pada pukul 10.10 am dan sebelum ke Mid Valley, Remy haruslah mengambil Azzy, Nadiah dan Marzura di Seksyen 9 Shah Alam.

Disebabkan jalan lengang pada pagi Ahad tadi, kami berlapan selamat tiba di Mid Valley pada pukul 10.50 am.





Aktiviti pertama kami di Mid Valley adalah menonton wayang dan movie yang telah di pilih adalah "Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1".





Setelah beberapa jam, akhirnya selesai sudah "Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1". Tak sabar nak tengok yang part 2, apa terjadi pada Bella dan anaknya.

Aktiviti seterusnya ? Untuk mengetahuinya, nantikan di entry seterusnya.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment